Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui gerakan yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berdepan cabaran daripada segi pelaksanaan.
Beliau melahirkan kebimbangan itu dan berpandangan bahawa siri pertemuan antara semua pihak perlu dibuat bagi memastikan 'Deklarasi Rakyat' dapat disempurnakan.
"Cuma cabaran kita hari ini adalah apa akan berlaku selepas ini? Beberapa pertemuan akan dijalankan untuk membincangkan strategi selanjutnya kerana kita komited dengan apa yang ada di dalam deklarasi tersebut.
"Apa yang pasti adalah bagaimana kita hendak melaksanakan resolusi yang kita buat hari ini," ujarnya selepas menandatangani 'Deklarasi Rakyat' di ibu negara, hari ini.
Mengulas tentang deklarasi tersebut, Mohamed Azmin berkata fahaman kepentingan diri harus diketepikan bagi memastikan deklarasi tersebut berjaya dilaksana.
"Perbezaan fahaman politik adalah naluri setiap orang dan rakyat Malaysia mempunyai hak memilih parti politik. Tapi yang kita bincang ini bukan kepartian.
"Imej negara telah rosak, tercalar dan maruah negara telah hilang. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita bertanggungjawab untuk mengembalikan keyakinan masyarakat kepada dunia dengan mendesak Najib meletakkan jawatan serta-merta.
"Jika ada maruah dia kena letak jawatan. Tetapi kita kena bertanggungjawab dengan usaha ini, supaya ekonomi dapat dipulihkan dan negara dapat diselamatkan atas prinsip yang jelas.
"Gabungan ini atas prinsip, dan bukan atas kepentingan individu atau agenda tertentu," katanya.
Justeru, katanya pandangan yang disuarakan Dr Mahathir itu selari dengan prinsip dalam Pakatan Harapan.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Mar 04 2016
Mohamed Azmin berkata fahaman kepentingan diri harus diketepikan harus itu bagi memastikan deklarasi berjaya dilaksanakan. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
10 Berita Pilihan - (30 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
Bawa masuk FDI bukan macam pergi pasar
Selepas pelbagai angka memberangsangkan mengenai FDI, masih ada pihak yang begitu emosional dan tetap konsisten mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Serah kuasa PM: Otai Reformis jangan ugut Dr Mahathir - Khairuddin
Kumpulan Otai Reformis diingatkan tidak mengugut Tun Dr Mahathir Mohamad dalam dalam isu penyerahan kuasa Perdana Menteri .
TMJ jangan cakap isu yang tidak difahaminya - Khairuddin
Khairuddin berkata, TMJ adalah seorang anak muda yang masih mentah dalam pengalaman politik.
Akuan bersumpah palsu, Chegubard buat laporan kepada SKMM
Laporan berhubung penyebaran akuan bersumpah palsu oleh beberapa laman facebook pro-'Deklarasi Mahathir.'
Tun M gangguan atau bantuan kepada Pakatan Harapan?
Pada 23 Mei, Khairuddin Abu Hassan dalam satu ceramah Parti Amanah Negara (PAN) di Dewan Seri Sekinchan mengumumkan Tun Dr Mahathir akan berkempen untuk calon Pakatan Harapan.
Pemalsuan SD: 'SAMM akan buat laporan polis' - Chegu Bard
Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin ia akan membuka kepada siasatan oleh forensik polis mengenai SD berkenaan.
Dr Mahathir nafi majoriti tandatangan Deklarasi Rakyat adalah palsu
Menurut Dr Mahathir, lebih 300,000 tandatangan yang mempunyai unsur penipuan telah dikeluarkan daripada senarai deklarasi.
Tak kisah parti mana, asal sokong Deklarasi Rakyat - Dr Mahathir
Ditanya sama ada beliau akan turun berkempen bagi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Tun Mahathir berkata, beliau akan cuba.
Deklarasi Rakyat: 'Ratu Naga' sumpah laknat tidak kenal Azharuddin
Syarul Ema Rena Abu Samah yang turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga' di alam maya, hari ini, membuat sumpah laknat bahawa beliau tidak kenal pengaturcara komputer bebas bernama Azharuddin Othman.
Wan Azizah, Nurul Izzah sifatkan surat Anwar hal dalaman PKR
Wan Azizah enggan mengulas lanjut surat yang secara keras menentang Deklarasi Rakyat.