Tutup

Azmin, Zuraida tidak hadir Temurapat PKR

Azmin, Zuraida tidak hadir Temurapat PKR
Azmin memberikan ucapan kira-kira 15 minit seorang bersama pemimpin parti lain bermula 8.30 malam tadi. - Gambar fail
PORT DICKSON: Kelibat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak kelihatan pada Hari Kedua  Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Sesi 2018/2021.

Turut tidak kelihatan dalam majls tersebut ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Kedua-dua pemimpin itu sepatutnya memberikan ucapan kira-kira 15 minit seorang bersama pemimpin parti lain bermula 8.30 malam tadi.

Majlis temurapat berkenaan diadakan secara tertutup dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih majlis malam dengan ucapan.
Turut kelihatan, adalah Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar dan Rafizi Ramli; Setiausaha Agung PKR, Datuk  Seri Saifuddin Nasution; dan Koordinator Majlis Pengerusi-pengerusi Pimpinan Negeri, Datuk Johari Abdul, Naib Presiden PKR, Tian Chua, dan Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar.




Tag: Timbalan Presiden PKR, Majlis Temurapat Pimpinan Pusat, Majlis Temurapat PKR, Azmin Ali, Azmin tidak hadir, Presiden PKR, Anwar Ibrahim



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.