awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahang PRU sudah terasa, MPT Bersatu mula bincang pembahagian kerusi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/07/2020
16:40 MYT
Bahang PRU sudah terasa, MPT Bersatu mula bincang pembahagian kerusi
kebanyakan kerusi yang menjadi perbincangan malam ini melibatkan kawasan majoriti Melayu di Semenanjung.
Desas desus mengenai pilihan raya umum semakin kencang apabila isu pembahagian kerusi mula dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam ini.
Seorang ahli MPT memberitahu Astro AWANI, hasil keputusan mesyuarat berkenaan akan diperhalusi lagi sebelum dibawa ke mesyuarat rundingan dengan PAS dan UMNO pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Selain itu, jelasnya lagi, kebanyakan kerusi yang menjadi perbincangan melibatkan kawasan majoriti Melayu di Semenanjung.
“Mesyuarat tadi lebih ke arah persediaan menghadapi PRU, dan rundingan kerusi kerusi (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) yang akan dipertandingkan antara PAS, UMNO, dan Bersatu..
“Ini berkaitan dengan kerusi di Semenanjung, yang melibatkan majoriti Melayu,” katanya lagi.
Terdahulu, Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, di sini, kira-kira 8.30 malam Selasa.
Turut kelihatan hadir calon tunggal Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, serta beberapa Menteri Kabinet yang juga ahli MPT seperti Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Rina Harun.
Media difahamkan, mesyuarat itu dimulai dengan mesyuarat pre council, disusuli mesyuarat MPT yang kedua-duanya dipengerusikan Muhyiddin sendiri.
Sementara itu, ahli MPT berkenaan memberitahu Astro AWANI, mereka juga berharap kerusi yang Bersatu menangi pada PRU lepas akan dikekalkan kepada parti itu mengikut konsep ‘gentleman's agreement’.
“Kita berharap formula yang akan diguna pakai adalah pengekalan jumlah kerusi yang ditandingi parti masing-masing pada PRU lepas, atau ada beberapa kerusi Parlimen yang mungkin akan ditukar suka sama suka mengikut kesesuaian,” katanya lagi.
Dalam pada itu, katanya antara isu lain yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah membabitkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim serta masalah dalaman parti yang berkaitan keahlian.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Dewan Undangan Negeri
#DUN
#kerusi Parlimen
#MPT
#pilihan raya umum
#PPBM
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan