Tutup

Bahtera UMNO tidak akan dibiar tersasar, jangan ditebuk dari dalam - Zahid

Bahtera UMNO tidak akan dibiar tersasar, jangan ditebuk dari dalam - Zahid
Ahmad Zahid menegaskan, beliau dan kesemua pimpinan tertinggi UMNO akan terus bersama sehingga parti itu kembali berkuasa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikrar untuk berusaha keras memastikan UMNO terus relevan dan tidak membiarkan bahtera parti terus tersasar dari haluan.

Presiden UMNO itu menegaskan, beliau dan kesemua pimpinan tertinggi UMNO akan terus bersama sehingga parti itu kembali berkuasa.
"Saya berterima kasih kepada semua barisan Majlis Tertinggi UMNO. Namun saya dan mereka sedang mengumpulkan segala kudrat kekuatan untuk relevankan UMNO dan saya akan pastikan bahtera UMNO dan sebagai nakhoda, juragan dan kelasi, iltizam UMNO akan dapat menempuh badai dalam apa sahaja keadaan.

"Saya tidak akan biarkan bahtera ini tersasar dari laluan. Saya tidak akan benarkan ia ditebuk dari dalam, nakhoda, juragan dan kelasi juga tidak akan bertelagah. Kita akan bersama hingga UMNO kembali berkuasa. Semangat ini ada pada semua," katanya semasa Ucapan Penggulungan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Sabtu.
Ahmad Zahid turut menggesa ahli dan anggota parlimen Barisan Nasional supaya mewujudkan perpaduan dan tidak termakan dengan hasutan mana-mana individu yang cuba mengambil kesempatan dari pintu belakang.

"Kita mahukan perpaduan di kalangan ahli dan ahli parlimen kita. Jangan dengar cerita dalam media sosial. Jangan dengar cerita dari si batu api terhadap rakan yang menjadi cuba nego dengan seseorang dari pintu belakang," ujarnya.

Malah, ahli parlimen yang didakwa berjumpa dengan pemimpin PH baru-baru ini akan tetap setia dengan BN.

"Saya sudah jumpa mereka, mereka akan tetap jadi Ahli Parlimen BN. Sebarang tindakan yang akan lakukan, kini terdapat 38 Ahli Parlimen BN termasuk Pekan dan Gua Musang. Kami buat keputusan di hotel Kampung Baru sebalum ini bahawa kami sepakat sebarang tindakan akan dilakukan secara bersama dan bersatu," ujarnya.

Perhimpunan Agung UMNO 2019 berakhir pada Sabtu dengan semua lebih 5 ribu perwakilan yang hadir sebulat suara menyokong ucapan dasar Presiden UMNO.


Tag: Zahid Hamidi, UMNO, Barisan Nasional, PWTC, PAU2019, Perhimpunan Agung UMNO



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.