awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengerusi SPR dinamakan antara pemimpin PPBM

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
02/11/2016
07:06 MYT
Bekas Pengerusi SPR dinamakan antara pemimpin PPBM
Barisan kepimpinan parti PPBM dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana selepas satu Mesyuarat Agung Khas hari ini. - Foto Astro AWANI
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini dinamakan salah seorang daripada tiga Naib Presiden bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Selain beliau, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Osman dan Datuk Abdul Rashid Asari turut dilantik sebagai Naib Presiden.
Turut dilantik adalah Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Berhad Datuk Abdul Kadir Jasin merupakan antara 19 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Perkara tersebut diumumkan pimpinan parti dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana selepas satu Mesyuarat Agung Khas di sini hari ini.
"Apabila dijemput untuk menyertai perjuangan ini, saya merasakan saya dapat menyumbang dalam rangka PPBM," kata Kadir.
Selain beliau, turut dilantik sebagai ahli MPT termasuk mantan Exco Pemuda UMNO Mohd Rafiq Naizamohideen, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, YDP Perkasa Pulau Pinang Marzuki Yahya dan Presiden Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir) Tan Sri Abd Aziz Mohd Yassin.
Berikut adalah senarai Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang diumumkan hari ini:
Pengerusi Tun Dr. Mahathir Mohamad
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Naib Presiden 1. Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman 2. Datuk Abdul Rashid Asari 3. Datuk Hamidah Osman
Ketua Srikandi Anina Saadudin
Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Setiausaha Agung Datuk Shahruddin Md. Salleh
Bendahari Datuk Mohd Salleh Bajuri
Ketua Penerangan Datuk Kamaruddin Mohd Nor
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi 1. Kamarulazman Habibur Rahman (Ahli MPT - dilantik) 2. Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi (Ahli MPT – dilantik) 3. Mohd. Rafiq Naizamohideen (Ahli MPT - dilantik) 4. Mohd Redzuan Md. Yusof (Ahli MPT – dilantik) 5. Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Arif (Ahli MPT – dilantik) 6. Datuk A. Kadir Jasin (Ahli MPT – dipilih) 7. Muhammad Zahid Mat Arip (Ahli MPT – dipilih) 8. Datuk Nordin Salleh (Ahli MPT – dipilih) 9. Marzuki Yahya (Ahli MPT – dipilih) 10. Tan Sri Abd Aziz Mohd Yassin (Ahli MPT – dipilih) 11. Ahmad Faizal Azumu (Ahli MPT – dipilih) 12. Tariq Ismail Mustafa (Ahli MPT – dipilih) 13. Datuk Sukiman Sarmani (Ahli MPT – dipilih) 14. Hazlinda Abd Latif (Ahli MPT – dipilih) 15. Najwah Halimah Abd Halim (Ahli MPT – dipilih) 16. Ulya Awamah Husamuddin (Ahli MPT – dipilih) 17. Dr Muhammad Faiz Na’aman (Ahli MPT – dipilih)
Topic Berkaitan
#Abdul Rashid Abdul Rahman
#Kadir Jasin
#Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan