awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada persetujuan lantik Tun M ketuai Pakatan Harapan - PKR

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
15/06/2017
02:11 MYT
Belum ada persetujuan lantik Tun M ketuai Pakatan Harapan - PKR
Nurul Izzah Anwar berkata soal pelantikan Tun Mahathir adalah tidak tepat. - Gambar fail
Pakatan Harapan masih belum lagi membuat sebarang keputusan berhubung siapa yang bakal mengetuai gabungan tersebut.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata sehingga kini pimpinan Pakatan Harapan masih lagi berbincang berhubung barisan kepimpinan gabungan tersebut.
"Sebarang keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan," kata Fahmi melalui temu bual telefon bersama Astro AWANI.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada benar Biro Politik PKR sudah bersetuju untuk melantik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata perkara tersebut adalah tidak tepat.
"Inaccurate. (Tidak tepat). PKR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini," katanya dalam sistem pesanan WhatsApp kepada Astro AWANI pagi ini.
Pagi ini, ada laporan portal memetik sumber dalaman parti bahawa Biro Politik PKR sudah menyatakan persetujuan agar Tun Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Mahathir Mohamad
#Majlis Presiden Pakatan Harapan
#Nurul Izzah Anwar
#Pakatan Harapan
#PKR
#PPBM
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan