Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mendesak kerajaan membenarkan pemerhati luar dari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Sekretariat Komanwel hadir ketika perjalanan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang.

Ini kerana, menurut Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, langkah ini perlu bagi mengelakkan sebarang penyelewengan ketika proses tersebut berjalan.

"Kita perlu tolak sebarang taktik kotor yang akan digunakan untuk menang dalam PRU14 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Perhimpunan Agung PPBM yang pertama di Pusat Konvensyen Ideal di sini.

Seramai 941 perwakilan parti hadir pada Perhimpunan Agung ini yang diadakan buat kali pertama sejak parti tersebut ditubuhkan pada 2016.