Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menurunkan kira-kira 1,000 bendera parti yang dipasang di kawasan yang tidak dibenarkan, dalam operasi di sekitar bandar raya ini, semalam.
Antara lokasi yang terlibat ialah Kuala Ibai, Chendering dan Kubang Tangga.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, tindakan itu terpaksa dibuat kerana ada parti yang terlibat tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, dengan memasang bendera parti di kawasan yang tidak dibenarkan seperti jambatan, bulatan dan masjid sehingga boleh mengancam keselamatan orang awam.
“Kita sebenarnya sudah mengeluarkan notis larangan pemasangan bendera parti di tempat awam, terutamanya di kawasan berisiko kepada semua pemimpin parti politik. Kita juga sudah panggil wakil mereka dan beri penjelasan tentang lokasi yang dilarang untuk pemasangan bendera.
“Malangnya, ada antara mereka yang tidak patuhi peraturan ini menyebabkan kita terpaksa bertindak menanggalkan bendera parti. Tindakan itu diambil mengikut Undang-Undang Kecil Akta Pilihanraya dan Perintah 6 (1), Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihan Raya) 1990,” katanya.
Beliau menjelaskan, berdasarkan peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri, sepatutnya bendera parti tidak boleh dipasang sehingga hari penamaan calon seperti yang ditetapkan iaitu pada 28 April depan.
“Mereka juga kena bayar wang deposit bahan kempen pilihan raya sebanyak RM5,000 untuk kawasan Parlimen dan RM3,000 bagi kawasan Dun.
“Sebelum operasi menanggalkan bendera parti ini dilakukan, kita juga sudah memanggil pemimpin parti politik dan mereka sanggup untuk menanggalkan sendiri bendera dipasang pada tiang elektrik dan di atas jambatan Kuala Ibai,” katanya.
Sinar Harian
Fri Apr 13 2018
Berdasarkan peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya, bendera parti tidak boleh dipasang sehingga hari penamaan calon seperti yang ditetapkan. - Foto Sinar Harian
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
Polis terima 140 laporan berkaitan PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram
Laporan paling banyak diterima adalah berhubung tindakan pihak tertentu menurunkan poster ataupun sepanduk, serta merosakkan papan iklan dan bendera.
PRK: Perjelas kepada pengundi, calon Kerajaan Perpaduan guna logo PH - Ahmad Maslan
Ahmad berkata penjelasan itu penting untuk elak pengundi di kedua-dua kawasan itu keliru dan tidak tersalah pilih calon.
PRN: Pas Kelantan ingatkan pemimpin, penyokong elak provokasi dan pergaduhan
Datuk Ahmad Yakob mengingatkan pemimpin dan penyokong parti itu supaya bertindak profesional, saling menghormati bagi mengelakkan perbuatan provokasi atau pergaduhan menjelang PRN pada 12 Ogos ini.
PRN: Polis Kelantan terima dua laporan khianat kain rentang, bendera parti
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Tumpat dan Kuala Krai, selain turut mengesan empat lagi kejadian yang sama berlaku di Kota Bharu.
Rampas deposit jika gagal tanggal poster, bendera parti sebelum 3 Disember
Semua wakil bagi calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diingatkan supaya menanggalkan bendera, poster dan kain rentang parti masing-masing sebelum 3 Disember depan.
Ke mana pergi bendera, poster dan sepanduk kempen calon selepas PRU15?
Jentera PRU15 mengakui perbelanjaan antaranya untuk mencetak poster, risalah, kain rentang dan bendera adalah agak besar.
Polis terima dua laporan insiden rosakkan bendera parti
Kejadian berlaku di Felda Nitar sewaktu tempoh berkempen yang telah bermula pada 26 Februari lalu.
PRN Melaka: Rimas dengan bendera parti, lelaki ditahan disyaki lakukan khianat
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah untuk disoal disiasat.
Bendera parti naik lori
Antara lokasi yang terlibat ialah Kuala Ibai, Chendering dan Kubang Tangga.