awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri kepercayaan pada presiden selesaikan masalah dihadapi UMNO - Ahmad Bashah

Bernama
Bernama
24/08/2015
01:53 MYT
Beri kepercayaan pada presiden selesaikan masalah dihadapi UMNO - Ahmad Bashah
AHMAD BASHAH: Kita mesti ada keyakinan, kekuatan dan kepercayaan kepada pemimpin kita untuk memimpin. -Gambar fail
Anggota UMNO perlu yakin dan percaya terhadap kemampuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi parti, kata Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini.
Menurutnya, perasaan yakin dan percaya terhadap kemampuan Presiden UMNO itu adalah sama seperti keyakinan yang ditunjukkan oleh anggota parti ketika UMNO dipimpin oleh presiden-presiden parti sebelum ini.
Situasi politik dan beberapa isu dihadapi negara ketika ini katanya, memerlukan anggota parti memberi kepercayaan yang tinggi kepada presiden parti, selain memberi ruang dan masa bagi memperbetulkan sesuatu perkara.
"Kita mesti ada keyakinan, kekuatan dan kepercayaan kepada pemimpin kita untuk memimpin, kepercayaan yang kita terima daripada bawah ia bertingkat-tingkat sampailah ke atas," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar yang dirasmikan oleh Najib yang juga merupakan Perdana Menteri di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hari ini.
Beliau berkata UMNO turut mengalami beberapa masalah besar, antaranya apabila parti itu diharamkan dan usaha pemulihan itu mengambil masa yang panjang yang mendapat sokongan padu anggota parti.
Namun menurutnya, anggota parti ketika itu mempunyai perasaan kasih dan sayang yang begitu tinggi kepada pemimpin parti, sehingga UMNO bangkit semula dengan keanggotaannya mencecah tiga juta ketika ini.
"Kasih dan sayang kita, anggota parti kepada UMNO, pada pemimpin pada masa itu kita boleh lalui segala rintangan di hadapan dengan gandingan semua ahli parti di seluruh negara," katanya.
Ahmad Bashah berkata, beliau kenal hati budi serta 'luar dan dalam' Perdana Menteri dan UMNO Kedah tidak boleh menidakkan budi yang beliau curahkan untuk memastikan parti parti dan Barisan Nasional kembali menguasai Kedah.
"Segala bentuk perbelanjaan, semua disalurkan oleh presiden parti, berpuluh juta sepanjang beberapa tahun ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah
#Alor Setar
#Najib Razak
#UMNO
#yakin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan