awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berpakaian hitam: Beberapa wakil rakyat pembangkang menyesal - Zambry

Bernama
Bernama
02/04/2015
14:26 MYT
Berpakaian hitam: Beberapa wakil rakyat pembangkang menyesal - Zambry
Zambry mendedahkan beberapa wakil rakyat pembangkang bertemu beliau dan menyatakan kekesalan berhubung tindakan mereka berpakaian hitam.- Foto Bernama
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendedahkan beberapa wakil rakyat pembangkang bertemu beliau dan menyatakan kekesalan berhubung tindakan mereka berpakaian hitam pada istiadat pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Perak, Selasa lepas.
Zambry berkata beliau difahamkan wakil rakyat pembangkang telah membincangkan perkara itu dan mereka tahu baik buruknya tetapi tetap mengambil keputusan mengenakan pakaian hitam pada istiadat tersebut.
"Ini menunjukkan tidak ada rasa hormat kepada Tuanku dan saya pula dituduh sebagai orang yang cuba bermain dengan sentimen raja," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Zambry berkata kerajaan tiada niat menggunakan nama raja, tetapi ia sebenarnya adalah lanjutan daripada tindakan pembangkang yang tidak menghormati raja dan akhirnya dijadikan perbahasan.
Beliau berkata terdapat akhbar melaporkan berita berhubung pihak pembangkang masih mempertahankan hujah mereka memakai pakaian hitam pada sidang DUN tersebut.
"Saya tidak ingin meneruskan polemik ini, tetapi sebaliknya kita perlu ambil maklum dan iktibar dan memperbetulkan kesilapan dan bukan menjadikan ia satu polemik berpakaian hitam dan sebagainya.
"Ini tidak wajar dimainkan...saya telah sebutkan semalam oleh kerana saya diminta bertanya secara terbuka tentang kemurkaan Tuanku dan saya kata memang Tuanku murka," katanya.
Zambry bimbang tindakan pembangkang itu akan menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat dan menyebabkan timbul pelbagai reaksi yang tidak baik.
"Apabila kita bagi isyarat atau tindakan yang salah, jadi ia hantar tindakan yang salah kepada masyarakat di luar sana sebagai kesannya maka berlaku reaksi sebegitu.
"Saya berharap wakil rakyat sama ada pembangkang atau kerajaan hendaklah menyampaikan isyarat-isyarat yang betul supaya ia tidak disalah tafsir oleh masyarakat," katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
#Perak
#Sultan Nazrin Shah
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan