Bersatu akan tapis ahlinya di Sarawak

Bersatu akan tapis ahlinya di Sarawak
Tun Dr Mahathir Mohamad hadir melancarkan Bersatu Sarawak di Dewan Suarah Bintulu pada Sabtu malam. - Bernama
BINTULU: Saringan dan tapisan akan dilakukan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada mana-mana individu yang mahu menyertai parti itu di Sarawak.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah itu dibuat supaya mereka menyertai parti tersebut telus dengan perjuangan tanpa mempunya agenda dan kepentingan untuk diri sendiri.

“Hari ini ramai yang nak sertai Bersatu, tapi kita kena tapis dan memilih antara mereka, supaya tiada kepentingan diri, yang tidak melihat keuntungan bagi diri sendiri
“Kita tidak boleh berjuang untuk diri kita dalam politik. Parti ditubuh bukan untuk kepentingan mana-mana pihak, ia ditubuh untuk perjuang nasib bangsa dan negara,” katanya dalam ucapan perasmian Bersatu Sarawak di Dewan Suarah Bintulu pada Sabtu malam.

Tambahnya bakal pemimpin Bersatu Sarawak sentiasa mempertahankan matlamat Pakatan Harapan yang ingin mewujudkan sebuah kerajaan bersih tanpa rasuah.

Katanya, dengan memperjuangkan matlamat tersebut tidak mustahil Pakatan Harapan dapat menawan Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri yang dijangka diadakan dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Mereka ingat jadi perdana menteri bermakna mereka boleh curi duit, itu bukan tujuan jadi perdana menteri.

“Bila (jika) kita pegang kepada perjuangan itu, rakyat akan tolak kita. Sebab itu pada 9 Mei, rakyat tolak parti BN. Di Sarawak juga, bila diadakan pilihan raya bagi negeri maka kita dapat tukar kerajaan, inilah harapan kita.”

BACA: Sarawak negeri kaya, tapi tidak dinikmati rakyat


Tag: bersatu, ppbm, mahathir mohamad, sarawak


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.