awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Rasuah papan iklan, tanah: Selepas tujuh jam, bekas menteri selesai beri keterangan di SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu jangan cuba jadi UMNO - Syed Saddiq

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
29/12/2018
04:19 MYT
Bersatu jangan cuba jadi UMNO - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta supaya Ahli dan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta tidak menjadikan parti itu seperti UMNO dengan mengamalkan unsur sogokan dalam politik - FotoBERNAMA
Ahli dan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta tidak menjadikan parti itu seperti UMNO dengan mengamalkan unsur sogokan dalam politik.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia termasuk menolak petualang UMNO yang disifatkan berhijrah ke Bersatu dengan alasan mahu bertukar kiblat.
"Ramai kata Bersatu sudah jadi UMNO 2.0. UMNO 3.0. Banyak sangat UMNO-style. Petualang UMNO ramai buat hijrah ke Bersatu. Dikatanya ubah kiblat. Ini yang kita tidak mahu ada dalam Bersatu.
"Selamanya Bersatu tidak akan jadi UMNO. Bersatu tidak perlu ada sogok menyogok dalam politik. Bersatu tidak perlu jual negara untuk survival politik.
"Bersatu tidak perlu hipokrit dan mainkan isu perkauman untuk politik. Menang atau kalah di Putrajaya, Bersatu tidak boleh dan tidak akan sesekali menggunakan amalan dan cara UMNO untuk survival politik. Ini yang membezakan kita dan mereka," katanya semasa ucapan dasar Ketua Armada di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu.
Dalam pada itu, Syed Saddiq memberitahu, Armada bukanlah bahan pelaris yang hanya menghiasi poster atau slogan parti semata-mata.
"Saya sentiasa mengingatkan pimpinan tertinggi supaya sentiasa meletakkan Armada dalam posisi yang betul dan tepat untuk Bersatu.
"Ada terlalu banyak potensi di dalam Armada. Ingatlah. UMNO jatuh kerana sikap pemimpin tertinggi mereka yang mengabaikan kumpulan anak muda.
"Hari ini, barulah mereka kononnya ingin mengangkat anak muda. Tetapi, ia sudah terlambat untuk UMNO," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Malaysia
#PATBersatu2018
#politik
#PPBM
#Putrajaya
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan