Seluruh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didesak dan dirayu agar pemimpin-pemimpin atasan parti berkenaan kembali berdamai dan bersatu.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, pemimpin atasan Bersatu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu bersemuka dan menyelesaikan konflik yang tercetus.
Ini kerana, ketiga-tiga pemimpin itu merupakan tulang belakang di sebalik penubuhan Bersatu.
Justeru, kata Wan Saiful, adalah penting untuk pemimpin tertinggi menyelesaikan segala kemelut dengan semangat sebuah keluarga.
"Parti kita terbina atas kekuatan tiga tokoh utama iaitu Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Utama Mukhriz.
"Saya harap kita berhentilah mengeluarkan kenyataan atau menganjurkan majlis yang tidak membawa perdamaian.
"Tak perlulah pergi ke media tempatan atau antarabangsa untuk meruntuhkan parti. Kita selesaikanlah secara dalaman dengan semangat satu keluarga," kata Wan Saiful dalam kenyataan yang diedarkan pada Ahad.
Sehubungan itu, dalam keadaan sekarang, menganjurkan majlis solat hajat dan munajat mendoakan penyatuan kembali pemimpin kita adalah lebih baik.
Menurut Wan Saiful, Muhyiddin yang juga Perdana Menteri dalam pertemuan dengan pemimpin Bersatu di Seri Perdana, Putrajaya pada Jumaat lalu memaklumkan, beliau sedang mengatur pertemuan dengan Dr Mahathir.
"Beliau juga telah menghantar surat kepada Tun Mahathir memohon untuk bertemu.
"Hanya menunggu tarikh dari Tun Mahathir sahaja. Kita doakan agar Tun Mahathir sudi bertemu secepat mungkin," kata Wan Saiful lagi.
Kemelut antara Dr Mahathir dan Muhyiddin tercetus selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Susulan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin dicalonkan oleh Bersatu untuk menggantikan beliau.
Ekoran itu, parti Bersatu terbahagi kepada dua kem sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan rakyat dan pemerhati politik.
Berbeza dengan Dr Mahathir yang menolak dengan tegas untuk bekerjasama dengan pemimipin UMNO mentadbir negara, Muhyiddin pula memilih jalan menubuhkan gagasan Perikatan Nasional dan bekerjasama dengan parti yang pernah tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.
Kerana itu juga, hubungan Dr Mahathir dan Muhyiddin terjejas.
Astro Awani
Sun Mar 08 2020
Pemimpin-pemimpin atasan Bersatu didesak dan dirayu kembali berdamai dan bersatu. - Gambar fail BERNAMA
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.