awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Sabah akan sokong Warisan - Tun Mahathir

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/04/2019
10:16 MYT
Bersatu Sabah akan sokong Warisan - Tun Mahathir
Pakatan Harapan akan memberi sokongan penuh kepada parti pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad beri jaminan kemasukan parti itu ke negeri Sabah tidak akan mengganggu Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Sebaliknya, jelas Perdana Menteri lagi, parti beliau, serta Pakatan Harapan akan memberi sokongan penuh kepada parti pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu dalam menguruskan Negeri Di Bawah Bayu itu.
“Amat jelas sekali hari ini, ramai rakyat Sabah yang menyatakan, dengan kehadiran mereka, bahawa mereka ingin bergerak dalam bidang politik untuk menentukan nasib mereka, melalui sebuah parti yang menjadi anggota dalam kerajaan campuran pada hari ini.
“Kita tidak ada niat untuk merebut kuasa sesiapa, bukan niat kita untuk datang ke Sabah ini, untuk menjatuhkan orang itu dan orang ini, atau menjadikan kerajaan kita (Sabah) ini sebagai Bersatu,” katanya sewaktu berucap melancarkan Bersatu peringkat Negeri Sabah, di sini hari ini.
Tun Mahathir berkata, beliau percaya, gabungan Pakatan Harapan dan Warisan bukan sahaja dapat memajukan Sabah, malah dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju lebih awal dari jangkaan iaitu sebelum 2025.
“Sejak kita merdeka, kita sedar akan pentingnya kita menubuh satu kerajaan kuat di Pusat dan negeri dan ini telah memberi keamanan kepada negara kita tanpa keamanan dan kestabilan maka negara tak mungkin.
“Walaupun penduduk Malaysia ini terdiri daripada pelbagai kaum dan suku kaum, itu tidak menghalang kita daripada menubuhkan kerajaan di Pusat dan negeri yang menyatu padukan segala tenaga dalam negara kita,” katanya lagi.
Dalam ucapan beliau, Tun Mahathir turut mengumumkan perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Pengerusi Penaja Bersatu Sabah.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Ketua Menteri
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#Mohd Shafie Apdal
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#politik
#PPBM
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan