Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia meminda perlembagaan untuk membolehkan ahli bersekutu, yang terdiri daripada bukan Bumiputera, mempunyai peranan yang lebih meluas, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi cadangan itu, beliau berkata, bukan Bumiputera kelak bukan sahaja boleh menjawat jawatan lebih tinggi, tetapi turut bersama-sama memberi idea untuk memajukan parti.
Bagi merealisasikan aspirasi itu, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Dr Rais Yatim telah ditubuhkan untuk mengkaji perkara itu, dan mengemukakan cadangan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
“Dalam mesyuarat pimpinan tertinggi saya telah bawa usul bagi memboleh kan ahli bersekutu sama sama menyumbang… bukan setakat sebagai ahli biasa, tapi berperanan untuk memberi idea dan pandangan dan terlibat dalam kepimpinan.
"Cadangan untuk membentuk satu lembaran baharu dalam bersatu. We will propose the formation of a new chapter yang akan membolehkan ahli bersekutu menyertai bersama-sama, memegang jawatan dalam parti, dan menyumbang idea untuk majukan parti,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap di hadapan kira-kira 5,000 perwakilan Kongres Negara 2020 bertemakan Bersatu Untuk Malaysia, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.
Bertemakan Bersatu Untuk Malaysia, kongres itu dianjukan badan bukan kerajaan seperti Penggerak Komuniti Negara, Nation Of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara.
Berucap lanjut, Muhyiddin berkata, cadangan daripada jawatankuasa itu akan diperhalusi, dan dibawa ke Mesyuarat Agung Tergempar Bersatu untuk diluluskan pindaan berkaitan perlembagaan parti.
Firdaus Azil
Sat Aug 22 2020
Muhyiddin yang juga perdana menteri berkata sekiranya cadangan itu diterima maka Bersatu akan mengadakan perhimpunan agung luar biasa bagi meminda perlembagaan parti. - BERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Bersatu kaji cadangan perkasakan ahli bukan Bumiputera
MPT Bersatu akan kaji cadangan tubuhkan Badan Ahli Bersekutu bagi memperkasakan ahli bukan Bumiputera dalam parti.