Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak surat peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti.
Menurut Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya, MPT juga akan terus menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat parti pada malam Isnin.
“Di antara intipati kita bincangkan tadi, kita sebulat suara menolak surat peletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi parti. Ini jelas, bahawa kita ambil keputusan tolak peletakan jawatan beliau sebagai pengerusi.
“Perkara paling jelas, Bersatu buat keputusan termasuk ahli Parlimen dari Bersatu, akan terus menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini keputusan jelas,” katanya.
Antara yang menghadiri mesyuarat itu termasuk Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta ahli MPT yang lain.
BACA: Peletakan jawatan Tun M: Apa yang anda perlu tahu setakat ini
BACA: Agong terima peletakan jawatan Perdana Menteri
Dalam pada itu, Marzuki menjelaskan, tindakan Bersatu keluar dari Pakatan Harapan adalah atas kehendak presiden sendiri, dan dipersetujui oleh MPT.
Selain itu beliau berkata, buat masa kini, tiada seorang pun ahli Parlimen atau pimpinan kanan bertindak keluar parti seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini.
“Kita membuat penafian sekeras-kerasnya, tidak ada seorang pun ahli parlimen atau pimpinan bersatu yang diwar-warkan keluar Bersatu. Kita semua intact dan masih satu barisan. Kita bina parti ini, dan kita harungi apa juga halangan dan rintangan, dan saya pasti kita dapat hadapi kemelut ini dengan jalan terbaik,” katanya lagi.
Mengenai kemungkinan kerjasama politik dengan UMNO dan Pas, Marzuki berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, namun mereka berterima kasih sekiranya dua parti berkenaan bersetuju untuk menyokong Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.
Firdaus Azil
Mon Feb 24 2020
MPT Bersatu juga akan terus menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Pindaan perlembagaan Bersatu akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri.
Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.