Satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincang kenyataan MCA dan MIC yang bertindak mengeluarkan kenyataan bersama mahu melihat kemungkinan menubuhkan gabungan parti yang baharu.
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau mengambil maklum luahan tidak puas hati oleh presiden MCA dan presiden MIC dan beliau tidak akan mengetepikan begitu sahaja perkara itu.
"Malah, saya percaya wujud keperluan untuk BN memberi perhatian yang sewajarnya kepada perkara ini dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
"Saya berharap isu ini tidak dipolitikkan secara tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak. Sebaliknya, saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama duduk berbincang bagi memeta jalan hadapan yang lebih baik kepada BN dan negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Katanya maklumat mengenai mesyuarat itu juga akan dimaklumkan sedikit masa lagi.
BACA: MCA, MIC intai gabungan baharu
Dalam pada itu, Mohamad berkata adalah sangat kritikal untuk semua pihak tidak bertindak melulu atau bersifat pukul rata.
"...Khususnya dengan terus mengambil kenyataan seorang dua pemimpin dari mana-mana parti komponen yang tidak pun mewakili pendirian BN sebagai perkara pokok dalam menilai semula status serta masa depan BN," katanya.
Terdahulu dalam satu kenyataan bersama, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Tan Sri S.A Vigneswaran telah menyatakan cadangan untuk meneroka perikatan baharu selepas percaya kerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) tidak lagi mencerminkan hasrat sebenar perpaduan dalam kalangan parti.
Kenyataan itu bagaimanapun dibidas oleh Setiausaha Agung BN Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dilaporkan berkata MCA dan MIC harus meninggalkan BN.
UMNO, MCA dan MIC ialah tiga komponen parti asal dari era Perikatan yang telah bersama-sama menubuhkan BN pada tahun 1974. Pada kemuncaknya, BN dianggotai 13 parti komponen termasuk Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) serta parti-parti tempatan Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, semua parti melainkan UMNO, MCA dan MIC telah bertindak keluar BN setelah parti itu kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2019
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau mengambil maklum luahan tidak puas hati oleh presiden MCA dan presiden MIC dan beliau tidak akan mengetepikan begitu sahaja perkara itu. - Gambar fail/Astro AWANI
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Peluang calon BN menang kerusi pada PRU15 adalah sama - VIgneswaran
Peluang setiap calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menang mana-mana kawasan Parlimen adalah sama berdasarkan peratusan sokongan pengundi setempat dan bukannya peratusan kaum.
Kenderaan Peguam Negara, menteri dilihat memasuki kediaman PM
Beberapa pemimpin parti politik dalam kerajaan termasuk menteri dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, pada Selasa malam.
Trend tubuh parti politik baharu macam buka bisnes - Presiden MIC
"Kalau tak suka buka, buka, buka... kalau kita ada satu jenama itu bukan bermakna mereka tidak boleh buka." - Vigneswaran
MIC sasar tambah kerusi Parlimen majoriti India
MIC menyasarkan pertambahan kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti kaum India untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.
BN akan mesyuarat segera bincang masa depan - Tok Mat
Satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincang kenyataan MCA dan MIC baru-baru ini.
Kerjasama Pas-UMNO tak jejas MIC - Vigneswaran
Kerjasama antara Pas dan Umno tidak memberi sebarang kesan kepada parti komponen BN terutamanya MIC.
Dewan Negara tolak RUU Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018
Persidangan Dewan Negara hari ini menolak Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.