Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan senarai calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam tempoh tujuh atau 10 hari sebelum penamaan calon pada 28 April nanti, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Bagaimanapun, beliau berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak belum lagi menetapkan tarikh pengumuman itu.
"Saya jangka barangkali seminggu atau 10 hari sebelum penamaan calon. Dalam tempoh itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kualiti Pendidikan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU14 pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal 5 Mei.
Ditanya mengenai senarai calon BN berubah, Tengku Adnan menafikan isu itu, sebaliknya menyifatkan orang tidak faham apa yang BN lakukan untuk menyenaraikan calon yang rakyat mahu dan suka, bukan semata-mata disukai oleh parti atau individu.
"Senarai calon tidak diubah-ubah. Kita mahu calon terbaik bagi mendapat kemenangan dan sebagai parti bertanggungjawab, selepas Najib membentangkan Manifesto BN, kita mesti mencapai janji kita. Pada PRU13, BN telah menepati janji dan lebih 97.4 peratus telah dicapai.
"Janji BN sentiasa ditepati kerana BN merupakan kerajaan bertanggungjawab. Sekiranya, sekali lagi kita diberikan mandat, kita akan laksanakan yang terbaik untuk rakyat," katanya.
Ditanya mengenai pertukaran kerusi antara parti komponen BN, Tengku Adnan berkata ada beberapa kerusi dibincang yang mana kerusi asal MCA atau Gerakan diberikan kepada UMNO atau kerusi asal UMNO dipulangkan kepada MIC, Gerakan dan MCA.
"Ini adalah kerana BN sentiasa amalkan perbincangan berkonsepkan konsensus kerana kita adalah parti berbilang kaum dan agama. Kita bantu semua bangsa dan agama dan tidak pernah menolak sesiapa daripada mendapatkan hak kepentingan agama dan bangsa," katanya.
Ditanya mengenai tindakan Pemuda UMNO yang menurunkan bendera di Wangsa Maju, Tengku Adnan berkata pihaknya sudah mengenal pasti individu itu, dan akan mengambil tindakan tatatertib selepas meneliti kamera litar tertutup (CCTV) minggu hadapan.
"Pemuda UMNO menuduh DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang menurunkan bendera itu. Saya tanya DBKL. Di UMNO, kita ada tata etika dan peraturan parti. Nama calon-calon belum diputuskan lagi. Kenapa ghairah, kenapa dengar cerita orang. Ini macam guruh di langit, air di tempayan dibuang.
"Saya cukup tidak gembira. Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan, saya amat sedih dan kecewa. Mana prinsip wasatiyah, wala' dan tabayyun itu," katanya.
Pada 13 April lepas, media melaporkan Pemuda UMNO membekukan semua aktiviti mereka kerana kecewa apabila mendapat khabar bahawa Parlimen Wangsa Maju akan diserahkan kepada MCA.
Berhubung pemasangan bendera parti di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Tengku Adnan berkata beliau telah mengeluarkan arahan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membenarkan mana-mana parti politik yang telah mendapatkan kebenaran untuk memasang bendera di tiga kawasan itu.
"Saya tidak kacau, asalkan ada permohonan. Saya tahu ada sesetengah pihak mencabut bendera BN di Putrajaya. Saya tidak bising kerana yang penting, kita utamakan apa yang dilakukan untuk negara.
"Namun, parti politik termasuk BN tidak dibenarkan ikat bendera di tiang lampu atau pokok atau lampu isyarat. Kalau didapati tidak betul, seperti di Titiwangsa, saya arahkan bendera itu diturunkan dan buat semula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 15 2018
Tengku Adnan (tiga, kiri) dan isteri Datuk Seri Anggraini Sentiyaki bergambar bersama penerima anugerah Terbaik Murid SPM Sekolah Harian, Sarah Hassan (dua, kiri) dari SMK Putrajaya Presint 8(2) pada majlis di Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.