awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN letak Orang Asli sebagai calon di PRK Cameron Highlands

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2019
04:01 MYT
BN letak Orang Asli sebagai calon di PRK Cameron Highlands
Ramli Mohd Noor diumum calon BN bagi PRK Cameron Highlands. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Bekas pegawai polis, Ramli Mohd Noor dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang dijadual diadakan pada 26 Januari ini.
Pemilihan Ramli diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis pada Khamis.
Mohamad berkata BN yakin bekas pesuruhjaya polis yang juga dari golongan Orang Asli itu mampu menarik sokongan komuniti itu.
“Saya yakin Orang Asli akan berikan 100 peratus sokongan,” katanya selepas majlis pengumuman Ramli sebagai calon BN untuk PRK Cameron Highlands.
Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan BN akan meletakkan calon dari masyarakat Orang Asli pada PRK itu dalam usaha menarik undi Orang Asli dan orang Melayu yang merupakan lebih 50 peratus daripada jumlah 32,048 pengundi di kawasan berkenaan.
Pada pilihan raya umum lalu, naib presiden MIC C Sivarraajh memenangi kerusi itu dalam pertandingan lima penjuru, mengatasi M Manogaran dari DAP dengan kelebihan kira-kira 600 undi.
November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan itu atas alasan berlaku amalan rasuah dan memutuskan pilihan raya perlu diadakan semula.
Pakatan Harapan telah menamakan Manogaran sebagai calonnya manakala Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas turut menawarkan diri sebagai calon.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#Cameron Highlands
#MIC
#Mohamad Hasan
#Orang Asli
#pilihan raya kecil
#PRK
#Ramli Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan