awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'BN menang PRK, UMNO-Pas jadi jurucakap kaum Melayu'

Sinar Harian
Sinar Harian
03/11/2019
23:23 MYT
'BN menang PRK, UMNO-Pas jadi jurucakap kaum Melayu'
Mohamed Khaled sewaktu menyampaikan ceramah kelompok di PDM Bandar Pekan Nenas Tengah di Pontian, 3 Nov, 2019. - Foto Sinar Harian
Barisan Nasional (BN) memberi jaminan gabungan UMNO-Pas bakal menjadi jurucakap sebenar kaum Melayu bagi memperjuangkan kepentingan dan hak istimewa kaum itu berbanding parti Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) sekiranya menang pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai kelak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO dan Pas berjanji tidak akan menjadi seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PH yang diibaratkan seperti 'hidup segan, mati tidak mahu' dalam menyuarakan kepentingan kaum Melayu.
Beliau turut mengambil contoh ketiadaan pemimpin dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai kem penyokong calon PH dari Bersatu, Karmaine Sardini sewaktu hari penamaan calon semalam sebagai bukti parti serpihan UMNO itu kini bersendirian.
"Lihat apabila perarakan penyokong BN pada hari penamaan calon semalam, semua kaum ada... tetapi kem PH, seorang pemimpin PKR pun tiada.
"Mungkin mereka boikot calon Bersatu (sebab konflik peralihan jawatan Perdana Menteri). Parti PKR memang tiada. Dan senario ini menunjukkan Bersatu bersendirian, seolah-olah 'hidup segan mati tidak mahu'.
"Sebab itu kita beri jaminan, kalau BN menang, UMNO-Pas akan jadi jurucakap sebenar yang lantang untuk perjuangan kepentingan orang Melayu, bukan Bersatu," katanya sewaktu menyampaikan ceramah kelompok di pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Pekan Nenas Tengah di sini pada Ahad.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menegaskan pemilihan calon MCA pada PRK Tanjung Piai perlu dibuktikan parti itu untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina di samping menyampaikan agenda Muafakat Nasional kepada masyarakat bukan Islam.
Selain itu, beliau menegaskan sepanjang pentadbiran kerajaan BN, BN tidak pernah ekstrem dalam melaksanakan dasar, berbeza dengan PH memperjuangkan konsep kesamarataan sehingga tidak menghormati sejarah dan struktur sosial negara.
"Sebab itu, PRK kali ini memberi mesej kepada rakyat bahawa agenda Muafakat Nasional hendak mengembalikan hak istimewa orang Melayu dan negara Islam sebagai teras, tetapi tidak mengenepikan hak bukan Islam.
"Kepada pengundi Parlimen Tanjung Piai, jika anda merasakan kerajaan PH tidak 'perform' selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14), suarakan protes dengan beri undi kepada BN," katanya.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Melayu
#Mohamed Khaled Nordin
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#PAS
#pilihan raya kecil
#pilihan raya umum
#PRK Tanjung Piai
#protes
#PRU14
#Tanjung Piai Memilih
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan