Pengerusi Barisan Nasional Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mahu semua ahli parti komponen untuk memberi fokus bagi memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Katanya, negeri Perlis mempunyai kekuatan tersendiri bagi memastikan kemenangan besar di negeri paling kecil di Malaysia.
“Sekarang ini kita hendak pilih parti yang boleh memerintah, yang mana calon-calonnya akan mewakili BN.
“Keputusan pemilihan ini patut diterima dengan berlapang dada dan hati yang terbuka.
“Saya nak pasti parti kuasai kerajaan. Tidak boleh kerajaan menguasai parti. Sebab yang memerintah negara ni ialah parti.
“Jadi kelam kabut habis kita kerana membiarkan parti ketepi. Keputusan parti mesti diikut,” katanya semasa berucap sebelum mengumumkan calon BN Perlis di sini hari ini.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seramai 10 muka baru diperkenalkan termasuk seorang wakil sayap Puteri di DUN Pauh.
Berikut ialah senarai calon BN Perlis:
Calon Parlimen
P001 Padang Besar = Datuk Zahidi Zainul Abidin
P002 Kangar = Ramli Sharif
P003 Arau = Datuk Seri Shahidan Kassim
Calon Dewan Undangan Negeri
N01 Titi Tinggi= Teh Chai Aan
N02 Beseri = Rozaini Rais
N03 Chuping = Asmaiza Ahmad
N04 Mata Ayer = Siti Beerani Yahya
N05 Santan = Azizan Sulaiman
N06 Bintong = Azlan Man
N07 Sena = Azihani Ali
N08 Indera Kayangan = Chuah Tian Hee
N09 Kuala Perlis = Datuk Azam Rashid
N10 Kayang = Hamizan Hassan
N11 Pauh - Rozieana Ahmad
N12 Tambun Tulang - Ismail Kassim
N13 Guar Sanji - Afifi Osman
N14 Simpang empat Nurul Hisham Yaakob
N15 Sanglang - Che Zaidi Saidin