Barisan Nasional (BN) telah tampil dengan formula bagi menyelesaikan isu berkaitan pengagihan kerusi pilihan raya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Setiausaha Agungnya Tan Sri Annuar Musa.
Annuar, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata formula itu hendaklah digabungkan antara parti tunjang BN iaitu UMNO dan kedua-dua parti bagi mengelak pertikaian.
"Kita mempunyai formula untuk dipertimbang. Bersatu dan PAS telah membincangkannya di peringkat parti masing-masing. UMNO turut membincangkannya secara dalaman.
"Saya telah diberikan tempoh selama dua minggu untuk menyelesaikannya di peringkat BN kerana kami adalah satu gabungan. Selepas dua minggu, kami (BN) akan duduk terlebih dahulu dengan PAS kemudian Bersatu (bagi membincangkan formula itu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa lima anggota membabitkan ketiga-tiga parti bagi menyelesaikan isu berkaitan kerusi.
"Adalah lebih baik jika kita tidak membincangkan perkara ini secara terbuka kerana ia merupakan isu dalaman yang memerlukan perbincangan antara parti," katanya sambil menambah bahawa Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyediakan garis panduan untuk rundingan membabitkan pengagihan kerusi.
Sementara itu, beliau berkata permintaan agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga pemangku Pengerusi dan Presiden Bersatu, menyertai semula UMNO telah dibincangkan dalam kalangan parti komponen BN namun tidak ada keputusan dicapai.
"Ia bukanlah satu perkara yang telah disembunyikan. Buat masa ini, kami mempunyai satu konsensus iaitu memberi sokongan yang padu kepada perdana menteri," katanya sambil menegaskan bahawa apa yang penting ketika ini ialah kekerapan rundingan dalam kalangan parti PN selain memberikan sokongan penuh kepada Muhyiddin bagi membina sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.
Pada Rabu, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Muhyiddin kembali menyertai UMNO dan mengambil alih jawatan sebagai presiden parti itu serta menggesa ahli UMNO agar menerima Ahli Parlimen Pagoh itu semula dengan tangan terbuka demi kepentingan perpaduan orang Melayu.
Muhyiddin, yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, telah dipecat daripada parti itu pada Jun 2016.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Presiden UMNO ketika itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 11 2020
Annuar berkata formula itu hendaklah digabungkan antara parti tunjang BN iaitu UMNO dan kedua-dua parti bagi mengelak pertikaian. - Gambar fail/BERNAMA
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.