Tutup

BN tempelak Guan Eng tidur di Parlimen

BN tempelak Guan Eng tidur di Parlimen
Annuar hari ini memuat naik imej menunjukkan Guan Eng sedang bersandar di kerusi dengan matanya pejam. - Foto Twitter Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Annuar Musa menempelak Menteri Kewangan Lim Guan Eng akibat tertidur sewaktu wakil Barisan Nasional membahaskan Belanjawa 2019.

Annuar dalam Twitternya hari ini, memuat naik foto Guan Eng bersandar di kerusi di Dewan Rakyat dengan mata terpejam.
“Shadow MenKew BN (menteri kewangan bayangan BN) sedang membahaskan Bajet 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat(IER) /Bajet Alternatif.

Namun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memuji Guan Eng kerana buat kali pertama, Menteri Kewangan hadir sewaktu ucapan sulung wakil Pembangkang.