awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
BTS kembali dengan album baharu 20 Mac ini selepas berehat hampir empat tahun
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN tiada kaitan dengan Penang Front Party - Tengku Adnan

Bernama
Bernama
14/10/2016
11:08 MYT
BN tiada kaitan dengan Penang Front Party - Tengku Adnan
Barisan Nasional tidak ada sebarang kaitan dengan penubuhan parti baharu, Penang Front Party (PFP), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. -Gambar fail
Barisan Nasional tidak ada sebarang kaitan dengan penubuhan parti baharu, Penang Front Party (PFP), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata BN juga tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mewakilinya dalam parti itu.
"Apa sahaja keputusan yang dibuat dalam BN akan melibatkan perbincangan bersama dengan parti-parti komponan lain...tiada keputusan dibuat secara bersendirian termasuklah memberi sokongan kepada parti baharu yang lain," katanya.
Sebelum ini, UMNO Pulau Pinang menolak PFP kerana ia bukan parti mesra BN.
Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata penglibatan Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai penasihat PFP sama sekali tidak mewakili UMNO sebaliknya dibuat atas kapasiti peribadinya sendiri.
Isnin lepas, Zahidi dilaporkan sebagai berkata PFP sebuah parti baharu yang mesra BN di Pulau Pinang dan berhasrat bertanding 25 kerusi Dewan Undangan Negeri. -Bernama
Topic Berkaitan
#Penang Front Party
#PFP
#Tengku Adnan
#Zahidi Zainul Abidin
#Zainal Abidin Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan