Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi parlimen itu dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan faktor pertambahan pengundi dan parti komponen BN yang bekerja keras serta agresif untuk mendapatkan sokongan lebih ramai pengundi.
"Pada pilihan raya lepas, MIC 'deliver' 60 peratus pengundi India. Bagi pilihan raya tahun ini mereka akan pastikan 70 peratus pengundi India undi BN. Parti komponen MCA dan Gerakan juga beritahu mereka akan pastikan lebih ramai pengundi Cina mengundi BN.
"Jika pilihan raya lepas Gerakan dan MCA bagi lapan peratus pengundi Cina, sekarang mereka akan pastikan 16 peratus pengundi Cina di kawasan Balik Pulau. Ini perkara yang seronok kita dengar," katanya ketika ditemui selepas majlis bersama media, di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pihaknya yakin dengan sokongan dan kerja keras daripada pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serta parti-parti komponen, BN akan mendapat lebih ramai pengundi muda pada pilihan raya umum akan datang.
"Insha-Allah kita akan tambah lagi majoriti kita. Dulu kita menang takat hidung sahaja, parlimen dan DUN kita menang sikit sahaja. Sekarang ini pada PRU14 saya yakin kita akan menang lebih tinggi," katanya.
Pada pilihan raya umum ke-13, Dr Hilmi mendapat majoriti 1,539 undi dalam pertandingan satu lawan satu mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat Bakhtiar Wan Chik.
Bagi kerusi DUN Bayan Lepas, wakil rakyatnya Nordin Ahmad mendapat majoriti 458 undi, DUN Pulau Betong yang diwakili Datuk Dr Muhamad Farid Saad (395) manakala DUN Teluk Bahang wakil rakyatnya Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (801).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 24 2018
Pada PRU13, Dr Hilmi mendapat majoriti 1,539 undi dalam pertandingan satu lawan satu mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat Bakhtiar Wan Chik. - Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.