Bekas Perdana Menteri yang kini digelar 'raja troll', Datuk Seri Najib Tun Razak enggan melayan kenyataan yang dibuat chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan.
"Itu Chef Wan, buat apa nak layan Chef Wan?" soal Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis.
Najib berkata demikian ketika ditanya wartawan tentang kenyataan Chef Wan ketika berkempen membantu Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai pada Ahad.
Chef Wan berkata beliau kecewa dengan Najib dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya meletakkan individu seperti Tan Sri Isa Samad mengetuai Felda hingga berlaku salah urus.
Beliau juga mendakwa Najib memberi rasuah kepada peneroka Felda ketika pentadbiran BN sebelum ini.
Mengulas dakwaan itu, Najib menafikan bantuan yang diberikan kepada peneroka Felda itu adalah rasuah sebaliknya ia bagi membantu masyarakat peneroka.
"Ia bukan rasuah, kita tak bagi rasuah, kita tolong masyarakat Felda sebab mereka dalam keperitan hidup. Sekarang ini pendapatan mereka begitu rendah sekali, ada yang dapat RM74 bulan lepas sahaja, di Sg Koyan ada yang dapat lebih rendah dari itu, macam mana mereka nak hidup?
"Bukan soal rasuah kalau kita tolong bukan soal rasuah, kita tolong semua, kalau dalam Felda kita tolong semua, UMNO ke, PAS Ke, PH ke, kita tolong semua, jadi kalau tolong semua bukan rasuah," katanya selepas menghadiri program 'Jom Ride Bersama Saya" di Podium Penchala, pada Ahad.
Astro Awani
Sun Jan 20 2019
Najib mendakwa bantuan yang diberikan kepada peneroka Felda ketika BN memerintah bukan rasuah. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
'Ibarat kaca jatuh berkecai' - Serina menangis dapat tahu Chef Wan hidap kanser
Serina bangga melihat bapanya kerana mempunyai semangat yang kuat apabila reda atas ujian penyakit yang diterima.
'Saya disahkan hidap kanser limfoma' - Chef Wan
Chef Wan memaklumkan dirinya kini dalam keadaan stabil dan doktor memberitahu kanser dihidapinya masih di peringkat awal berdasarkan saiznya.
Ibu Chef Wan meninggal dunia
Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Chef Wan di akaun media sosialnya pada Khamis.
Chef Wan disaman bekas menantu
Chef Wan mendedahkan saman yang dikeluarkan itu adalah berkaitan isu tegurannya terhadap Shikin dan anaknya, Nadzri atau Chef Riz.
'Saya tak bernikah di Siam'- Serina
Menerusi Instagramnya, Serina berkata, dia bernikah dalam negara namun tidak menyebut secara spesifik lokasinya.
Anak Chef Wan, Serina kembali bergelar isteri
Serina memaklumkan majlis pernikahan dengan jejaka yang dikenali dengan nama Aidid, berlangsung secara tertutup.
Nasi Telur Terengganu, Ayam Percik sentuhan Chef Wan antara menu pilihan Tun Mahathir jamu Jokowi
Air tangan Chef Wan menjadi pilihan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dijamu kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Iriana Joko Widodo.
Chef Wan berang, balas sindiran Najib Razak
Chef Wan berang disindir oleh Najib Razak. Sifatkan bekas Perdana Menteri itu dengki dengan beliau.
Almarhum Sultan suka mi rebus saya - Chef Wan
Kebaikan baginda menjadi bualan orang ramai. Baginda selalu menjadi orang yang baik, suka bersedekah dan memberi makan kepada orang ramai.
Selebriti sembah takziah kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah
Antara yang turut menzahirkan sembah takziah terhadap pemergiaan sultan berjiwa rakyat itu adalah dalam kalangan selebriti tanah air.