Tutup

Bubarkan parlimen jika isu peralihan kuasa gagal muktamad - MPN

Bubarkan parlimen jika isu peralihan kuasa gagal muktamad - MPN
Raduan berkata isu peralihan kuasa perlu segera diselesaikan kerana rakyat kini terhimpit dengan situasai politik yang dilihat tidak stabil. - Gambar fail
KAJANG: Majlis Profesor Negara (MPN) menggesa kerajaan supaya membubarkan Parlimen sekiranya isu peralihan kuasa gagal dimuktamadkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Ros, menegaskan kerajaan perlu segera menyerah kembali mandat kepada rakyat sekiranya isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dimuktamadkan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Ros, menegaskan isu peralihan kuasa adalah perkara utama perlu diselesaikan segera berbanding mengubah sistem pilihan raya sedia ada.

Beliau juga menjelaskan MPN berpendapat isu perubahan sistem pilihan raya dari sistem pemenang undi terbanyak (FPTP) kepada sistem perwakilan berkadar (PR) untuk kerusi parlimen masih terlalu jauh untuk dilaksanakan berbanding perlaihan kuasa.
"Kalau ada keikhlasan perlu diberi perhatian kepada isu utama iaitu, peralihan kuasa yang masih terawang-awangan.

"Kalau diberi keutamaan, itu yang perlu diselesaikan, ini hanya perbincangan akedemik, selesaikan itu dulu.

"Kalau susah sangat bubar Parlimen, dan serah kembali kepada rakyat untuk tentukan," katanya dalam satu sidang media di Kajang, hari ini.

Turut hadir Pengerusi MPN, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Raduan berkata isu peralihan kuasa perlu segera diselesaikan kerana rakyat kini terhimpit dengan situasi politik yang dilihat tidak stabil.

Kerajaan hari ini dakwa Raduan gagal menunjukkan hala tuju ekonomi negara yang jelas.

"Kita tak nampak hala tuju besar ekonomi negara, dalam soal pendidikan pula berapa ratus ribu graduan masih mencari pekerjaan.

"Masyarakat di kawasan pedalaman harapkan kerajaan lakukan sesuatu...sangat terdesak terdesak untuk isu ini diselesaikan sekarang, kita dah bagi peluang untuk kerajaan lakukan yang terbaik," katanya.

Isu peralihan kuasa menjadi polemik selepas lebih setahun Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya.


Tag: Majlis Profesor Negara, MPN, Dr Raduan Che Ros, Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, bubar, kuasa, Pakatan Harapan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.