KEPUTUSAN Majlis Tertinggi UMNO (MT) yang sebulat suara menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO sehingga pemilihan parti akan datang langkah awal pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar UMNO bersama isterinya pada 29 Februari.
Penggantungan Muhyiddin adalah keputusan MT yang dijangkakan selepas digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini kerana dikatakan mengkritik kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka sekali gus gagal menjalankan tugasnya seperti yang termaktub dalam Fasal 9.8.2.1 Perlembagaan UMNO.
Secara amnya, rakyat negara ini tidak terkejut dengan langkah MT yang menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden kerana UMNO pernah menyaksikan penggantungan dan pemecatan pemimpin utama parti sebelum ini.
Penggantungan Muhyiddin didapati tidak menimbulkan sebarang isu yang mengocak pemikiran politik warga bukan Melayu malah hanya dilihat sebagai pergolakan dalaman UMNO atau 'a storm in a teacup'.
Rakyat juga tidak terperanjat dengan pengumuman Tun Dr. Mahathir keluar UMNO kerana beliau pernah mengisytiharkan keluar parti pada 19 Mei 2008 kerana tidak bersetuju dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sejarah juga menunjukkan Dr Mahathir pernah dipecat daripada UMNO pada 26 September 1969 kerana beliau mengkritik secara terbuka pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Selain itu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam juga pernah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO kerana bercanggah pendapat dengan Dr.Mahathir atas dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan Dr.Mahathir selaku Perdana Menteri.
Seorang lagi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah digugur malah dipecat daripada jawatannya oleh MT UMNO pada era kepimpinan Dr.Mahathir.
Persepsi menjelang PRU
Namun, penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden dan pengumuman Dr.Mahathir yang keluar UMNO dilaporkan akan menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap masa depan Barisan Nasional (BN) sendiri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.
Ada yang meramal bahawa BN akan mengalami kejatuhan pada PRU ke-14 tanpa sokongan Muhyiddin dan Dr Mahathir.
Persoalannya, apakah penggantungan Muhyiddin dan pengumuman keluar parti oleh Dr Mahathir akan memberi impak atau menggugat peluang BN mempertahankan kuasa dalam PRU ke-14 agar terus mentadbir negara ini ?
Sehubungan ini, BN masih ada dua tahun untuk merancang strategi dan melaksanakan kempen bagi menjamin kemenangan dalam PRU ke-14. Walaupun semua parti komponan BN dilanda pelbagai krisis dalaman malah dilema kemerosotan sokongan rakyat kerana faktor usia, UMNO dilihat masih kuat, yakin dan optimis dalam menjamin kemenangan dalam PRU ke-14.
Beberapa adegan terbaru dalam pentas politik pembangkang dilihat akan memberikan ruang dan peluang kepada BN untuk terus menang dan mengekal kuasa dalam mentadbir negara ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa penggantungan Muhyiddin dan serangan Dr Mahathir terhadap kepimpinan UMNO sudah pasti akan mengurangkan sokongan pengundi Melayu kepada BN.
Undi Melayu dijangka akan terpecah berbanding undi Cina dan India. Walaupun pengundi Cina umumnya dianggap akan memihak DAP, mereka dijangka menyokong BN kerana Najib berjaya mengurus ekonomi negara dengan cemerlang dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu akhir-akhir ini.
Pengundi Cina pernah menyokong BN pada saat akhir pada tahun 1999 dan tidak menyokong pembangkang seperti diwar-warkan kerana pengurusan cekap Dr.Mahathir dalam krisis kewangan.
Sejarah India sokong BN
Pola pemikiran politik di kalangan pengundi India pula dilihat beralih daripada menyokong pembangkang kepada BN. Hampir 85 peratus pengundi India dikesan memihak parti pembangkang dalam PRU ke-12 kerana mereka tersinggung dengan satu kejadian roboh Kuil Hindu di Selangor pada waktu itu.
Namun, BN mendapat sokongan hampir 45 peratus daripada pengundi India dalam PRU ke-13 kerana mereka menerima kepimpinan Najib yang dianggap ikhlas serta jujur dalam membela kepentingan kaum India sejak beliau mengambil alih kepimpinan kerajaan.
Najib juga menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan oleh beliau sendiri serta beberapa Unit khas (hampir tujuh unit) di Jabatan Perdana Menteri untuk merancang, melaksana dan mengawasi program-program pembangunan masyarakat India.
Antaranya, penubuhan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Masyarakat India (SITF) pada tahun 2010, Sekretariat Khas Untuk memperkasakan usahawan India (SEED), Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI), Unit Khas Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat India (SEDIC), Unit Pembangunan Sekolah Tamil dan Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah- Sekolah Tamil.
Satu lagi faktor yang mengalih sokongan kaum India daripada pembangkang kepada BN adalah faktor landskap politik pembangkang yang hilang hala tuju kerana Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi nakhoda pembangkang.
Krisis dalaman antara parti pembangkang dijangka mendorong sebahagian besar pengundi India yang menyokong pembangkang dalam PRU ke-12 dan ke-13 untuk menjauhi pembangkang.
Perpecahan antara PAS dan DAP atas dasar hudud yang mengakhiri kerjasama thahaluf siyasi antara PAS dan DAP juga menyebabkan penyokong PAS menarik balik sokongan mereka kepada DAP.
Akhir-akhir ini, PAS pula didapati berpecah-belah kerana beberapa pemimpin utama yang kalah dalam pemilihan parti keluar daripada parti. Pemimpin yang keluar daripada PAS kemudiannya menubuhkan parti politik serpihan yang dikenali sebagai 'Parti Amanah Negara' (Amanah).
Kepimpinan PKR pula dilaporkan tidak senang hati dengan DAP di Pulau Pinang kerana kepimpinan DAP Pulau Pinang melucutkan jawatan beberapa wakil rakyat PKR daripada memegang jawatan dalam badan-badan berkanun kerajaan negeri itu. Tindakan DAP itu dijangka menimbulkan berbalahan yang serius di antara PKR dan DAP.
Perkembangan-perkembangan terakhir ini jelas menunjukkan kerjasama antara parti-parti pembangkang yang terbentuk pada tahun 2008 untuk menjatuhkan BN kian rapuh malah akan terus dikuburkan sebelum PRU ke-14.
Sehubungan itu, sekiranya kenyataan Presiden MIC, Datus Seri Dr. S.Subramaniam yang menyifatkan Najib sebagai seorang perdana menteri yang luar biasa dan banyak berjasa kepada kaum India dapat diterjemahkan dalam sokongan ‘undi’ kepada BN, maka pengundi India yang ada di dalam 63 kawasan Parlimen di seluruh negara pasti dapat memainkan peranan dalam menjamin kemenangan BN dalam PRU ke-14.
Pada hemat saya, ketiadaan Musa Hitam dan Anwar yang dianggap hebat dalam barisan utama pimpinan UMNO didapati tidak menggugat prestasi dan keunggulan BN dalam pilihan raya umum pada satu ketika dahulu.
Oleh itu, rakyat terutamanya pengundi perlu yakin bahawa UMNO mampu mengurus pergolakan dalam parti secara bijak. Rakyat bertanggungjawab membuat keputusan politik yang bijak dalam PRU ke-14 agar keamanan, keselamatan dan kesejahteraan yang dinikmati sejak merdeka terus terpelihara.
Ingat pepatah warisan, jangan sampai 'menang sorak kampung tergadai'.
*M. Periasamy merupakan penganalisis politik MIC dan pensyarah komunikasi strategik di Institut Penerangan dan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR)
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Tue Mar 01 2016
PERIASAMY: 'Bukan Melayu percaya BN mampu menang pada PRU ke-14' - Gambar fail
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.
Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.
Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.
Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.
Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.
Variasi genom Malaysia sesuai sebagai tapak ujian klinikal yang unggul - Khairy
Variasi genom Malaysia daripada populasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal.
Peluang calon BN menang kerusi pada PRU15 adalah sama - VIgneswaran
Peluang setiap calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menang mana-mana kawasan Parlimen adalah sama berdasarkan peratusan sokongan pengundi setempat dan bukannya peratusan kaum.
PRU15: SUPP mampu menang tujuh kerusi tradisi - Abang Jo
Pencapaian yang cemerlang SUPP semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 lalu bukti kejayaan parti tertua di Sarawak itu kembali mendapatkan keyakinan rakyat khasnya komuniti Cina di negeri itu.
Cukuplah bermain politik, ini masa untuk balas kepercayaan pengundi - Dr Sim
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menggesa seluruh ahli SUPP untuk berhenti bermain politik, sebaliknya fokus untuk bekerja bagi membalas kepercayaan pengundi.
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.