awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buktikan tuduhan! - Tun M

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
13/08/2018
11:20 MYT
Buktikan tuduhan! - Tun M
TUN M: Mereka harus meminta orang yang memulakan tuduhan itu unrtuk membuktikannya.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dakwaan bahawa beliau mempunyai agenda menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri seterusnya sebagai satu tuduhan tidak berasas.
Katanya, beliau tidak mempunyai urusan untuk masuk campur dalam hal ehwal dalaman parti politik lain.
“Itu tuduhan yang 'baik'," kata Dr Mahathir dalam nada sinis.
"Mereka harus meminta orang yang memulakan tuduhan itu unrtuk membuktikannya. Saya tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun tentang perkara ini malah tidak masuk campur dalam perkara itu,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan adakah benar dakwaan bahawa beliau dan Tun Daim Zainuddin terlibat dalam komplot menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri yang akan datang.
Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) pada Isnin di Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Daim Zainuddin
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Putrajaya
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan