Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bung Moktar sahkan diri bertanding PRN Sabah

Bung Moktar sahkan diri bertanding PRN Sabah
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mengesahkan akan bertanding di kerusi baharu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengisytiharkan dirinya 'turut serta' dalam merebut kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu mengesahkan akan bertanding di kerusi baharu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Jelasnya, selain beliau, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan, Datuk Jefri Arifin akan bertanding di DUN Sukau pada PRN nanti.

"Saya telah mengisytiharkan iaitu timbalan saya, Timbalan Ketua Bahagian dan Setiausaha UMNO Negeri, Datuk Jefri Arifin untuk bertanding di DUN Sukau dan saya sendiri selaku Ketua UMNO negeri Sabah akan bertanding di kawasan Lamag.
BACA: Bersatu Sabah sedia tandingi 45 kerusi DUN

"Saya akan turun ke bahagian-bahagian untuk menjelajah dan memberi pengumuman, tetang perkara yang berlaku dan isu semasa, kita akan memberi rakyat peluang  kedua untuk mengubah untung nasib mereka.
"Kita akan merangka manifesto kita, tawaran-tawaran untuk memajukan negeri sabah dan memberi penekanan kemajuan kepada rakyat Sabah itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya, di Kota Kinabalu, pada Sabtu.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan 73 kerusi DUN akan dipertandingan pada PRN Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ia sebagai tambahan sebanyak 13 kerusi sebelum ini di mana pada Pilihan Raya Umum Ke-14  di Sabah dahulu, hanya 60 kerusi dipertandingkan.

Tiga belas DUN berkenaan ialah N02 Bengkoka; N06 Bandau; N08 Pintasan; N13 Pantai Dalit; N17 Darau; N24 Tanjung Keramat; N27 Limbahau; N44 Tulid; N47 Telupid; N51 Sungai Manila; N58 Lamag; N61 Segama dan N70 Kukusan.

Sementara itu, Bung Moktar dalam temu bual yang sama turut menafikan berlaku keretakan dan ketamakan kerusi dari pihak UMNO Sabah dengan menyifatkan khabar-khabar angin berkenaan sengaja ditimbulkan mengalihkan tumpuan pihaknya menumbangkan parti Warisan.


Tag: Suruhanjaya Pilihan Raya, pilihan raya, Kinabatangan, Parlimen, pilihan raya umum, PRN Sabah, pilihan raya Sabah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.