awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadang pilih Ku Li Presiden UMNO

Sinar Harian
Sinar Harian
28/05/2018
02:03 MYT
Cadang pilih Ku Li Presiden UMNO
Dengan karisma dan ketokohan yang dimiliki Ku Li (gambar), UMNO Cawangan Mak Chili yakin beliau mampu mengembalikan kekuatan serta maruah UMNO dan BN. - Gambar fail
UMNO Cawangan Mak Chili mencadangkan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai Presiden UMNO untuk penggal 2018 hingga 2021.
Ketua Cawangannya, Maidin Hassan berkata, pemilihan Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu untuk mengemudi parti adalah usul sebulat suara yang dipersetujui ahli akar umbi di cawangannya.
Katanya, usul itu dikemukakan sebagai cara memulihkan semula UMNO selepas kekalahan teruk BN dalam PRU14 lalu.
"UMNO adalah tulang belakang BN jadi dengan kekalahan teruk itu, UMNO mesti dipulihkan semula.
"Tiada lagi tokoh yang dapat menerajui UMNO dan BN melainkan Ku Li. Dengan karisma dan ketokohan yang dimiliki beliau, kami yakin Ku Li mampu mengembalikan kekuatan serta maruah UMNO dan BN," katanya selepas Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Mak Chili, di sini, semalam.
Persidangan itu diadakan di Bangunan UMNO Cawangan Mak Chili dan dihadiri seramai 63 ahli.
Pada PRU14, 9 Mei lalu, BN yang memerintah negara sejak 61 tahun lalu hilang tampuk kuasa apabila tumbang kepada Pakatan Harapan selain Terengganu pula dirampas Pas.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Cawangan Mak Chili
#Gua Musang
#Ku Li
#Pakatan Harapan
#PAS
#Presiden UMNO
#PRU14
#Tengku Razaleigh Hamzah
#terengganu
#UMNO
#usul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan