Cadangan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) agar sistem dan proses pemilihan calon pilihan raya yang menggunakan first-past-the-post (FPTP) dikaji semula mendapat sokongan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Saiful Wan Jan.
Kata Wan Saiful, sistem FPTP yang digunakan di Malaysia ketika ini tidak melahirkan persaingan yang sihat jika wujud lebih daripada dua parti.
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu berpendapat, Malaysia boleh belajar sistem pilihan raya dari negara lain antaranya sistem yang diguna pakai di United Kingdom.
"Sebagai seorang yang pernah melalui sistem pemilihan calon di United Kingdom, saya amat tertarik dengan cadangan Bersih mengenai bagaimana kita boleh belajar dari sistem di negara itu.
"Memang benar di United Kingdom pemilihan calonnya lebih bergantung kepada ahli akar umbi dan ini melahirkan hubungan yang kuat antara wakil rakyat dengan ahli kawasannya.
"Berhubung dengan sistem FPTP, saya bersetuju dengan seruan Bersih agar ia difikirkan semula. Sistem FPTP tidak membantu melahirkan persaingan yang sihat jika wujud lebih daripada dua parti," katanya.
Beliau juga berkata, dengan menggunakan sistem FPTP sepertimana yang dilakukan sekarang, parti-parti kecil mungkin tidak dapat bersaing langsung.
"Inilah yang menyebabkan di Malaysia parti-parti politik terpaksa membentuk gabungan. Jika mereka bertanding sendirian, maka cabaran yang mereka hadapi adalah tinggi.
"Sistem yang berteraskan Proportional Representation (PR) adalah lebih adil dalam situasi wujudnya banyak parti politik di Malaysia.
"Sistem PR akan membolehkan parti yang kecil sekalipun mendapat peluang yang adil, tanpa perlu bergabung dengan sesiapa. Ini memastikan suara minoriti pun berpeluang didengari dalam pilihan raya Malaysia.
Terdahulu, Bersih dalam kenyataan medianya menyifatkan pilihan raya kecil (PRK) Port Dikcson memberi gambaran isu yang lebih penting tentang sistem dan proses pemilihan calon yang menggunakan sistem FPTP.
Bersih menyifatkan peletakan jawatan Ahli Parlimen Port Dickson Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen menunjukkan kelemahan sistem FPTP yang membolehkan parti tertentu mengubah barisan pimpinan mereka.
Astro Awani
Mon Sep 17 2018
WAN SAIFUL: sistem FPTP yang digunakan di Malaysia ketika ini tidak melahirkan persaingan yang sihat jika wujud lebih daripada dua parti. -Gambar fail
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Pencemaran udara dapat ditangani dengan penglibatan Datuk Bandar, pemimpin masyarakat - WHO
Datuk Bandar bukan hanya berperanan memantau sesebuah wilayah, tetapi juga harus membudayakan setiap polisi yang diperkenalkan khususnya mengenai pencemaran udara.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.
'Saya bukan mufti nak haramkan rokok' - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad secara berseloroh berkata, beliau bukan mufti untuk mengharamkan rokok di negara ini.