awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon MB Pas?

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2018
00:10 MYT
Calon MB Pas?
Razman (kiri) menyantuni pengunjung Pasar Pagi Masjid Tinggi sambil mengedarkan risalah manifesto PRU14 Pas. Sinar Harian
Teka-teki pemilihan calon menteri besar hanya akan dibincangkan selepas Pas disahkan sebagai pemenang di Perak sekali gus membentuk kerajaan negeri Perak selepas PRU14 pada 9 Mei.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, ketika ini, fokus utama Pas Perak hanyalah untuk memastikan kemenangan parti itu pada setiap kerusi ditandingi di Perak.
Menurutnya, peluang kemenangan Pas di Perak dilihat semakin cerah apabila mood rakyat terhadap fenomena ‘gelombang hijau’ di negeri ini benar-benar terjadi bukan sahaja di Parlimen Bagan Serai, malah negeri itu selepas pembubaran Parlimen.
“Siapa bakal calon MB Pas hanya diketahui selepas hari pengundian PRU14 pada 9 Mei ini.
“Kita kena menfokuskan matlamat utama memenangi Pas di Perak dahulu, baru boleh bincang soal itu,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian pada program kempen turun padang menemui pengundi Dun Gunung Semanggol, di sini hari ini.
Ditanya mengenai desas-desus beliau bakal dipilih sebagai MB Perak sekiranya Pas mentadbir kerajaan negeri, Razman enggan memberi pengesahan.
Bagaimanapun, beliau mengakui sudah diamanahkan parti bertanding di Dun Gunung Semanggol sebagai keperluan menstabilkan kerajaan negeri sekiranya Pas diberi mandat memerintah Perak selepas PRU14.
“Pada mulanya, saya memang diamanahkan bertanding di Parlimen Bagan Serai.
“Namun, parti melihat keperluan mestabilkan kerajaan negeri sekiranya Pas diberi mandat, jadi saya diletakkan sebagai calon Dun Gunung Semanggol,” katanya.
Razman turut meluahkan keyakinan perletakan Ketua Dewan Muslimat Pas Bagan Serai, Rohaya Bakar sebagai calon Pas bagi Parlimen Bagan Serai tidak akan menjejaskan peluang parti itu merampas kerusi parlimen itu daripada BN.
Menurutnya, status sebagai calon wanita tunggal Pas di daerah Kerian bukan isu besar, lebih-lebih lagi ahli-ahli Pas sudah ditarbiyah untuk memberikan taat setia dan wala’ terhadap setiap keputusan dibuat kepimpinan Pas kawasan.
Topic Berkaitan
#calon
#Menteri Besar
#PAS
#pembangkang
#Perak
#pilihan raya umum
#PRU14
#Razman Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan