awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon speaker Dewan Rakyat sudah ditetapkan

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
10/07/2018
07:15 MYT
Calon speaker Dewan Rakyat sudah ditetapkan
Wan Azizah hari ini mendedahkan keputusan tersebut sudah dicapai sesama pimpinan. - Gambar fail
Kerajaan sudah menetapkan nama seorang calon untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan keputusan tersebut sudah dicapai sesama pimpinan.
"Kami sudah menetapkan satu nama untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat," kata Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR dalam satu sidang media di Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya, hari ini.
Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu namun perkara itu masih tidak mendapat pengesahan daripada sumber rasmi.
Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-16 bakal bermula pada 16 Julai depan.
Topic Berkaitan
#calon
#Dewan Rakyat
#keluarga
#menteri
#Parlimen
#PKR
#Rais Yatim
#Speaker
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan