Meskipun wujud kebimbangan penularan COVID-19, ia bukan halangan buat pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menunaikan tanggungjawab, sehingga menyaksikan jumlah peratusan mereka yang keluar mengundi melepasi sasaran ditetapkan iaitu 70 peratus.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sasaran itu berjaya dicapai walaupun pengundi yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pengundi dari luar juga terpaksa berdepan prosedur operasi standard (SOP) ketat ketika proses pengundian berlangsung.
"Secara keseluruhan, pematuhan SOP berjalan seperti yang dirancang dan ada pegawai penguat kuasa beruniform yang membantu memantau perkara itu.
"Cuma yang nampak agar sukar untuk dipatuhi ialah soal penjarakan sosial tetapi SOP lain seperti pemeriksaan suhu badan dan pensanitasi tangan semasa memasuki pusat pengundian semua dilaksanakan dengan baik," katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.
Setakat 4 petang ini, sebanyak 72 peratus daripada 20,816 pengundi biasa bagi DUN Chini telah menunaikan tanggungjawab mereka, mengatasi sasaran awal Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu 70 peratus.
Sementara itu, Ismail Sabri sekali lagi menegaskan Malaysia masih tidak membenarkan kemasukan warga asing ke negara ini kecuali diplomat, peserta Malaysia Rumah Keduaku, pelajar dan ekspatriat EP1 (pengurusan tertinggi syarikat yang mempunyai pelaburan di Malaysia).
"Walaupun kebelakangan ini kita mencatat satu angka untuk kes positif COVID-19 namun atas nasihat Kementerian Kesihatan, kita masih lagi tidak boleh membuka pintu sempadan negara dan hal yang sama juga berlaku di negara lain kecuali England yang sudah berbuat demikian semalam," katanya.
Sehubungan itu, katanya tajuk yang dikeluarkan sebuah portal berita semalam tentang Majlis Keselamatan Negara sedang berbincang untuk membenarkan kemasukan rakyat China adalah tidak tepat dan mengelirukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
Setakat 4 petang ini, sebanyak 72 peratus daripada 20,816 pengundi biasa bagi DUN Chini telah menunaikan tanggungjawab mereka, mengatasi sasaran awal Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu 70 peratus.
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
Kemenangan PRK Chini isyarat kerjasama semakin baik antara BN dengan PAS
Bagi Dr Ainul, majoriti undi BN yang meningkat lebih sekali ganda adalah faktor dibantu kejayaan daripada sokongan pengundi PAS, selain faktor ramai pengundi luar yang pulang.
BN menang di Chini, PH perlu nilai strategi berdepan PN
Gabungan parti Melayu memberi cabaran kepada PH untuk mengekalkan strategi yang dilakukan sebelum ini.
BN masih relevan dan diterima rakyat - Zahid
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata lambang dacing (BN) tidak lagi diterima rakyat terbukti tidak benar.
BN pertahan DUN Chini
BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Chini apabila calonnya, Mohd Sharim Md Zain memperoleh kemenangan dengan majoriti 12,650.
59 peratus keluar mengundi setakat jam 1 petang - SPR
13 buah pusat mengundi melibatkan 65 saluran dibuka tepat jam 8 pagi dan proses pengundian dijangka berakhir jam 5.30 petang.
Wakil rakyat Chini diketahui hari ini
PRK DUN Chini merupakan pilihan raya kecil ke-11 selepas PRU14 dan merupakan yang pertama buat Perikatan Nasional selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada PH pada Mac lalu.
Chini Memilih: Proses pemulihan Tasik Chini perlu kerjasama semua pihak - Penyelidik
Biodiversiti di tasik itu mula terganggu selepas pencerobohan haram di beberapa kawasan sekitarnya.
PRK Chini bantu ekonomi penduduk tempatan
Ada antara mereka yang memperolehi peningkatan keuntungan sehingga sekali ganda, berikut ramai 'orang luar' yang berkampung di kawasan DUN Chini sepanjang berlangsungnya PRK.
Chini Memilih: Masa depan Tasik Chini semakin muram?
Tasik Chini terkenal dengan lagenda naganya sejak dahulu lagi. Flora dan faunanya turut memukau setiap pelancong dalam dan luar negara.
PKPP: 39 lagi individu ditahan ingkar arahan
67,047 pemeriksaan telah dibuat oleh Task Force Operasi Pematuhan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.