'Curilah, malu apa bossku!' - sindiran Tun Dr Mahathir

'Curilah, malu apa bossku!' - sindiran Tun Dr Mahathir
Dr Mahathir dipercayai menyindir kempen #MaluApaBossku yang giat dijalankan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -Gambar fail
“AKU curi. Apa nak malu.
Apatah lagi aku boss kamu.”

Tiga ayat itu sebagai pembuka bicara tulisan terbaharu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya, chedet.cc.

Tulisannya ringkas, namun mesej di sebalik artikel bertajuk ‘Budaya Baru’ dilihat penuh sindiran.
Beliau dipercayai menyindir kempen #MaluApaBossku yang giat dijalankan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berdepan dengan pelbagai kes pendakwaan dan pertuduhan ketika ini.

“Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri.

“Sikit-sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri. Nak malu apa. Bossku,” sindir Dr Mahathir.

Dalam tulisan itu, beliau turut menyentuh budaya baharu orang Melayu iaitu memuja kleptokrat.

“Lebih banyak yang dicuri lebih mulia. Digelar kleptokrat adalah puji-pujian,” kata beliau.

Berikut ialah tulisan penuh Dr Mahathir di blognya.

Aku curi. Apa nak malu.
Apatah lagi aku boss kamu.
Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri.
Sikit-sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri.
Nak malu apa. Bossku.
Bangsaku tak perlu malu.
Curilah…
Lebih banyak yang dicuri lebih mulia.
Digelar kleptokrat adalah puji-pujian.
Ayuh bangsaku. Mari kita curi supaya boleh jadi boss.


Tag: Mahathir Mohamad, Najib Razak, Perdana Menteri, malu apa bossku, sindiran, blog chedet, boss kamu mencuri, kleptokrat, Apa nak malu


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.