awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daim akui pernah cadang GST zaman Mahathir

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
06/05/2018
14:20 MYT
Daim akui pernah cadang GST zaman Mahathir
Cadangan itu diusulkan Daim disebabkan negara ketika itu mengalami masalah ekonomi. - Gambar fail
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sekali lagi mengakui pernah mencadangkan kepada kerajaan di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semasa era pemerintahan beliau 1986.
Cadangan itu diusulkan beliau disebabkan negara ketika itu mengalami masalah ekonomi dengan kejatuhan harga minyak, kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah sehingga kerajaan terpaksa memikirkan kaedah untuk mencari sumber kewangan.
“Memang saya cadang GST masa itu kerana keperluan ekonomi disebabkan harga minyak dunia jatuh, sawit jatuh, getah jatuh, tapi perlaksanaan GST masa ini saya tak setuju,” katanya di Majlis Bertemu Mata di sini petang tadi.
Katanya lagi, cadangan untuk mengutip GST pada tahun itu adalah untuk dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan dan pembangunan.
“Di negara Eropah, memang cukai GST tinggi, tetapi dia bagi balik kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, hospital percuma, pelajaran percuma,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#GST
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#menteri
#pendidikan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan