awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan BN hilang 45 kerusi dalam PRU14 tidak tepat

Bernama
Bernama
03/09/2016
14:04 MYT
Dakwaan BN hilang 45 kerusi dalam PRU14 tidak tepat
Menurut Abdul Rahman, semasa Muhyiddin menjadi pengarah jentera pilihan raya BN, beliau telah memberikan taklimat dan berkeyakinan bahawa BN akan menang beberapa kawasan yang dianggap sukar. - Gambar fail
Dakwaan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembangkang boleh menang 45 kerusi Barisan Nasional (BN) dengan hanya sokongan kecil pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak tepat.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebaliknya berkata sokongan pengundi terhadap pembangkang mungkin merosot susulan perpecahan dalam pakatan pembangkang.
Malah, menurut Abdul Rahman semasa Muhyiddin menjadi pengarah jentera pilihan raya BN, beliau telah memberikan taklimat dan berkeyakinan bahawa BN akan menang beberapa kawasan yang dianggap sukar.
"Saya hendak ingatkan bahawa apabila adanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia ia tidak akan ambil ahli UMNO tetapi menarik serpihan daripada parti pembangkang.
"Jika ini berlaku ia akan memberi kelebihan kepada UMNO dan saya yakin ahli UMNO tidak akan ikut Muhyiddin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Pengkalan Hulu dekat sini hari ini.
Muhyiddin dalam satu majlis di Selangor semalam berkata kajian beliau mendapati 67 kerusi terumbang-ambing di bawah BN dan jika empat peratus daripada kerusi itu 'swing' (berubah angin), maka 45 peratus kerusi BN akan jatuh kepada pembangkang.
Sementara itu, perwakilan dalam usul mereka mendesak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya kembali ke pangkal jalan dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Usul itu menyebut: "Jadilah sebagai orang tua yang mampu memberi nasihat berguna kepada anak-anak buah sehingga akhir hayat.
"Itu adalah lebih baik daripada berjasa kepada kumpulan bangsa yang boleh membunuh bangsa Melayu itu sendiri," demikian menurut usul UMNO Bahagian Gerik.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Muhyiddin Yassin
#Pilihanraya Umum ke-14
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan