Dakwaan UMNO pindah RM2.5 juta kepada Pas adalah fitnah - Ahmad Yakob

Dakwaan UMNO pindah RM2.5 juta kepada Pas adalah fitnah - Ahmad Yakob
AHMAD: Kita kerja sendiri dan wang diperolehi hasil derma penyokong. - Gambar fail
KOTA BHARU: Dakwaan pemindahan RM2.5 juta kononnya daripada UMNO kepada Pas dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng, yang dimainkan pihak tertentu mutakhir ini hanya sekadar andaian dan fitnah, kata Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata perbuatan itu bertujuan untuk menimbulkan suasana yang tidak sihat, apatah lagi UMNO kini seolah-olah tidak mendapat tempat dalam arena politik sekarang.
"Apa yang saya mahu katakan Pas tidak pernah menerima bantuan dana daripada UMNO. Kita kerja sendiri dan wang diperolehi hasil derma penyokong. Kalau (dakwa) dapat daripada UMNO ia adalah tidak tepat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Tani dan Ekspo Hijau di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Ahmad diminta mengulas tindakan Pemuda Amanah Terengganu yang membuat laporan polis pada Ahad lepas mendesak siasatan segera selepas tersebarnya salinan transaksi kononnya UMNO telah memindahkan sejumlah RM2.5 juta kepada Pas dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng.

-- BERNAMA

Tag: ahmad yakob, 1mdb, politik, pas, umno


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.