Pas mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyiasat parti politik yang lain bagi menentukan sumber dana yang diperoleh untuk menjalankan kegiatan politik terutama pada musim pilihan raya.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap SPRM berlaku adil dan menyiasat semua parti terutamanya parti DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menurutnya tidak mempunyai banyak cawangan.
Abdul Hadi berkata pihaknya sedia memberikan kerjasama kepada SPRM bagi menjalankan siasatan ke atas Pas mahupun individu daripada parti tersebut.
"Patutnya kena tanya parti lain, mana dapat duit? Jangan tuding jari pada kita sahaja. Kita ada sumber kita. Parti lain, mana sumber dia, cawangan dia banyak mana?
"Amanah mana ada cawangan. DAP mana ada cawangan. Dia bertanding begitu saja. Dari mana dia dapat duit? Itu kena siasat. Bukan saja kita, kena siasat semua.
"Pas buka pintu untuk SPRM siasat dan memang kita suka siasatan ini. Kita mahu jadi parti yang bersih.
"Bukan hanya cukup dengan kenyataan menteri sebelum pilihan raya mengenai berapa ramai ahli Parlimen yang disiasat," katanya.
Beliau berkata Pas mempunyai sumber kewangan yang tersendiri menerusi ahlinya dari seluruh negara.
"Sumber kita ahli-ahli kita sendiri. Di seluruh negara, kita punya 190 lebih kawasan, sejuta lebih ahli-ahli, dan kita mampu buka beribu Pasti, beratus sekolah di bawah Pas.
"Jangan peliklah Pas dapat duit. Jelas duit itu dari poket kita sendiri. Orang kita sendiri yang bekerja bertungkus lumus menyumbang derma.
"Apa yang dibuat itu (tuduhan terima dana dari UMNO) adalah semata-mata untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada Pas," tambah Abdul Hadi.
Editor Portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebelum ini mendakwa pimpinan tertinggi Pas mungkin menerima RM90 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendorong kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Abdul Hadi pada 2017 memfailkan saman fitnah terhadap penerbitan itu di Mahkamah Tinggi di London.
Bagaimanapun, minggu lalu, ahli Parlimen Marang itu dilaporkan bersetuju memuktamadkan penyelesaian dengan Rewcastle-Brown.
Astro Awani
Fri Feb 08 2019
Abdul Hadi berkata Pas mempunyai sumber kewangan yang tersendiri menerusi ahlinya dari seluruh negara. - Gambar fail
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.