awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF 2026: Trump gugurkan ancaman tarif berkaitan Greenland selepas rundingan NATO
Tingkatan enam, matrikulasi bawah KPT perkukuh kesediaan pelajar ke universiti
LHDN galak PMKS laksana e-Invois secara sukarela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP boleh keluar pakatan jika tidak setuju hudud - PAS

Bernama
Bernama
23/02/2015
23:48 MYT
DAP boleh keluar pakatan jika tidak setuju hudud - PAS
Takiyuddin (gambar) berkata DAP tidak boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan. - Gambar Fail
PAS tidak akan tunduk kepada DAP dalam usaha melaksanakan Enakman Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hudud di Kelantan sebaliknya DAP disaran keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak bersetuju dengan perjuangan PAS itu.
Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata DAP tidak boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang itu di Kelantan kerana pakatan pembangkang yang diwujudkan pada 2008 bukan kepunyaan DAP.
"Pakatan pembangkang bukan kepunyaan DAP, pakatan pembangkang tidak ada ketua, kalau dia (DAP) tak setuju dia keluar dari pakatan rakyat, kenapa suruh kita keluar dan dia tidak boleh keluarkan kita (PAS)," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.
Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Baharu dan Ketua Sekretariat Tetap Kanun Jenayah Syariah Kelantan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.
Akhbar melaporkan Gobind menerusi kenyataannya baru-baru ini, memberi amaran bahawa PAS tidak akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang jika parti itu membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud bulan depan kerana pelaksanaan hukum terbabit tidak mendapat sokongan sekutu dalam pakatan terbabit.
Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dari 16 hingga 19 Mac ini adalah bagi pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Takiyuddin berkata tidak ada mana-mana parti dalam pakatan pembangkang sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang berkenaan di Kelantan kerana enakman berkenaan diluluskan pada 1993 oleh DUN Kelantan iaitu sebelum wujudnya pakatan pembangkang.
Beliau berkata DAP dan PKR sudah maklum mengenai pelaksanaan undang-undang berkenaan kerana ia pernah dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan juga pimpinan DAP pada 2011.
Topic Berkaitan
#DAP
#hudud
#Kelantan
#PAS
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan