awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP pecat tiga ahli, lapan lagi terima surat tunjuk sebab

Bernama
Bernama
07/07/2020
14:06 MYT
DAP pecat tiga ahli, lapan lagi terima surat tunjuk sebab
Tiga ahli DAP dipecat serta-merta manakala lapan lagi diberi surat tunjuk sebab kerana menyokong wakil rakyat parti itu yang lompat parti.
Tiga ahli DAP dipecat serta-merta daripada parti manakala lapan lagi diberi surat tunjuk sebab kerana memberi 'sokongan' kepada wakil rakyat parti itu yang 'melompat' ke parti lain, menurut Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Chong Chieng Jen.
Beliau berkata ketiga-tiga ahli berkenaan iaitu Kong Lai Ling, Ng Sook Whye dan Khi Poh Chong didapati aktif membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong yang telah dipecat sebelum ini selepas mengumumkan keluar parti dan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).
"Jawatankuasa ini telah memberi amaran kepada ahli-ahli sebelum ini supaya tidak lagi bersama dengan wakil-wakil rakyat yang telah lompat parti atau dipecat. Kong juga telah menerima jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Batu Gajah di bawah kerajaan PN," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Chong, mereka bertiga juga sebelum ini terlibat dalam counter protest di pusat khidmat Paul terhadap bantahan lompat parti oleh akar umbi DAP yang lain.
Sementara itu, mengenai lapan ahli yang diberi surat tunjuk sebab, Chong berkata kesemua mereka telah dikenal pasti hadir pada sidang media pengumuman kemasukan ADUN Buntong, A. Sivasuramaniam ke Parti Gerakan pada 26 Jun lepas.
Mereka ialah Dan Adriel Daniel Velloo, Angeline Phillip Joe Phillip, P. Murugiah, Joseph Hendry Kovil Pillai John, Amir Abdullah, R. Marimutu, S. Theivanai dan William John Johin Bin.
Katanya, jawatankuasa itu juga telah memutuskan untuk menghentikan keanggotaan Loh Eng Soon selama setahun kerana didapati sengaja memfitnah dan memburukkan nama pimpinan negeri melalui akaun Facebooknya.
"Jawatankuasa Disiplin sekali lagi menegaskan bahawa jawatankuasa ini tidak akan bertoleransi dengan mana-mana ahli yang menerima jawatan dengan kerajaan PN, atau masih bersama-sama atau membantu ahli-ahli wakil rakyat yang telah mengkhianati perjuangan parti.
"Tindakan tegas akan diambil sekiranya jawatankuasa ini menerima aduan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#DAP
#Facebook
#lompat pati
#pecat
#Perikatan Nasional
#surat tunjuk sebab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan