awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP Sarawak keluar Pakatan Rakyat Sarawak

Bernama
Bernama
27/03/2015
06:45 MYT
DAP Sarawak keluar Pakatan Rakyat Sarawak
CHIENG JEN: DAP Sarawak keluar daripada Pakatan Rakyat Sarawak kerana PAS kekal sebagai parti komponen pakatan itu.
DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.
Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.
"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.
"Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.
Chong, yang juga anggota Parlimen Kuching MP dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, berkata resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.
Topic Berkaitan
#DAP
#keluar parti
#Pakatan Rakyat
#PAS
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan