POLITIK
DAP syor Tun M kekal sebagai Perdana Menteri

Lim Guan Eng berkata, syor berkenaan akan dicadangkan dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan diadakan malam ini. - Gambar fail
Parti DAP mengesyorkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus kekal memimpin negara sebagai Perdana Menteri.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, syor berkenaan akan dicadangkan dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan diadakan malam ini.
Pendirian DAP itu dibuat susulan berita peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada Isnin.
Sementara itu, mengulas mengenai kedudukan Kabinet, beliau berkata perkara itu akan diputuskan oleh Peguam Negara.
Malam ini, satu mesyuarat tergempar akan berlangsung melibatkan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR bagi membincangkan mengenai kedudukan politik negara.
Tegas beliau, usaha menubuhkan kerajaan baharu itu jelas bertentangan dengan mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) pada 2018.
Mengulas mengenai pertemuannya bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beliau sememangnya terkejut dengan keputusan Perdana Menteri untuk meletakkan jawatannya.
"Ini merupakan satu keputusan yang amat mengejutkan.
"Jika sebelum ini jelas Tun Mahathir dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan UMNO dan telah berusaha menolak UMNO sebagai sebuah kerajaan kleptokrasi sewaktu PRU14", katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami