awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP terlalu kecil untuk Kit Siang menjadi perdana menteri - Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2017
11:04 MYT
DAP terlalu kecil untuk Kit Siang menjadi perdana menteri - Tun Mahathir
Tun Mahathir berkata rakyat tidak perlu bimbang kerana DAP dengan sendirinya tidak akan boleh menjadi perdana menteri.
Parti DAP terlalu kecil dan penasihatnya, Lim Kit Siang sama sekali tidak boleh menjadi perdana menteri, kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohammad.
Bagaimanapun, beliau berkata hasrat tersebut hanya boleh tercapai, sekiranya veteran DAP itu mendapat sokongan daripada orang Melayu.
Katanya, rakyat tidak perlu bimbang kerana DAP dengan sendirinya tidak akan boleh menjadi perdana menteri.
“Kata Najib kalau Umno jatuh, maka Kit Siang akan jadi perdana menteri, karut. Mana boleh Kit Siang jadi perdana menteri parti dia kecil saja, DAP kecil saja, dia tidak boleh jadi perdana menteri melainkan kalau orang Melayu hendak kat dia,” katanya pada program Bicara Perdana Bersama Tun Mahathir yang julung kali diadakan di sini, hari ini.
Program itu turut dihadiri isteri Tun Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pengerusi penyelaras keahlian parti PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya, pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Topic Berkaitan
#DAP
#Lim Kit Siang
#politik
#PPBM
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan