awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Kes 1MDB: Laungan 'Bebas Najib’ bergema di pekarangan mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Dapatkah kulihat bangsa ku mulia kembali?" - Tun Mahathir

Haider Yutim
Haider Yutim
14/07/2015
05:51 MYT
"Dapatkah kulihat bangsa ku mulia kembali?" - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata tindakan pemimpin yang semakin tamak menjadi punca politik yang suatu ketika dahulu 'politik yang menyelamat', kini bertukar kepada 'politik yang menghancur'.
Kedudukan politik yang dikuasai bangsa Melayu di Malaysia sejak merdeka, kini dilihat faktor yang menghancurkan bangsa itu sendiri, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya tindakan pemimpin yang semakin tamak menjadi punca politik yang suatu ketika dahulu 'politik yang menyelamat', kini bertukar kepada 'politik yang menghancur'.
"Politik yang menyelamat menjadi politik yang menghancur, pemimpin semakin tamak untuk tempat dan kedudukan tinggi. Perbuatan yang haram dihalalkan.. Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia," tulis beliau dalam sebuah puisi di blognya, chedet.cc.
Katanya, bangsa Melayu yang pernah dilihat sebagai bangsa yang gah selepas bangkit dari jajahan British, kini telah menjadi lemah semula akibat pemimpin Melayu yang telah menggadaikan maruah dan bangsa demi kesenangan sendiri.
Katanya, sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir beliau mahu melihat bangsa Melayu gah, bermaruah dan mulia kembali seperti dahulu.
Dr Mahathir telah mengarang sebuah puisi sempena hari jadi beliau yang ke-90 pada 10 Julai lalu di laman blog tersebut bertajuk 'Malaysia Tanahair-Ku'.
Beliau sering dilihat lantang mengkritik kepimpinan negara selepas persaraannya, termasuk mengutarakan kritikan terhadap pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Mahathir yang sebelum ini menaruh harapan tinggi kepada negara termasuk mencetuskan idea Wawasan 2020, kini dilihat hampa apabila wawasan yang diilhamkannya itu dirasakannya tidak mungkin tercapai jika diukur pencapaian ekonomi Malaysia pada masa ini.
Berikut adalah nukilan penuh puisi tersebut:
MALAYSIA TANAHAIR -KU
Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu
Darah tumpah dan aku dilahir Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah Aku membesar mempertuankan orang asing Terhina dan dihina Bangsa yang serba kekurangan Tinggal dipondok berbumbung atap nipah Berdinding, berlantai kayu Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan Tanpa pili air tanpa lampu letrik Anak mereka berkaki ayam, berkudis Demam panas dan kadang-kadang meninggal Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti Nasib aku lebih baik Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi
Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah? Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan
Bangsaku dibebas, merdeka Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang Apakah merdeka bermakna terus merana Tidak, tidak, tidak Merdeka bermakna kemajuan Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain Bahkan mungkin lebih tinggi Politik yang menyelamat dahulu Terus membela bangsa Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan Kemudian… Malang dan sedih, Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka? Mana bahagian aku? Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu
Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya
Bangsa yang merdeka Bangsa yang mulia Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit Hak memilih, hak mengundi Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual Bangsa dijual Tanahair dijual Segalanya dijual Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat Menjadi politik yang menghancur Pemimpin semakin tamak Untuk tempat dan kedudukan tinggi Perbuatan yang haram dihalalkan Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan Wahai bangsaku Begitu mudahkah kamu lupa Aku akan pergi tidak lama lagi Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir Kerana bangsaku Negaraku Masih mulia Masih bermaruah Masih dipandang tinggi Atau mataku terbeliak Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku Sedarkanlah mereka Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya Mengubah sendiri, membendung nafsu Kerana Allah Kerana agama Kerana bangsa Kerana negara Biarlah aku pergi Mata terpejam rapat Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Topic Berkaitan
#chedet
#malaysia tanahair ku
#Melayu
#politik
#puisi
#Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan