Dalam nafas 100 Hari Malaysia Baharu, Astro AWANI menampilkan dua ikon politik negara, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam program #DebatAWANI yang diterbitkan 501 Astro AWANI bersempena pemilihan Presiden UMNO pada 30 Jun depan.

Siapa pemimpin yang akan UMNO sebagai parti tunjang Melayu ini akan ketengahkan untuk menyaingi PM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilhanraya Umum ke-15 (PRU15).

BACA: TERKINI! Ku Li, KJ sah berdebat di Astro AWANI 29 Jun ini


Astro AWANI sedang menantikan maklum balas daripada pihak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada bersetuju untuk bersama di dalam debat berkenaan.

Cadangan untuk berdebat ini terbit selepas Tengku Razaleigh atau mesra dengan sapaan Ku Li dalam temu bualnya bersama Astro AWANI pada Selasa menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan dua lagi calon presiden UMNO, Zahid dan Khairy Jamaluddin bagi menjawab semua persoalan yang berbangkit.

Jangan lupa #DebatAWANI ini bakal berlangsung dari jam 9.30 malam di Saluran 501 Astro AWANI, Live TV dan FB Live kami!

Anda juga boleh menjadi sebahagian dari debat ini kerana soalan-soalan anda akan disiarkan menggunakan hashtag #DebatAWANI di platform media sosial.