awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendulang berlesen dibenar mendulang emas di Kelantan mulai 21 Januari
Kerajaan berhak tarik balik bantuan jika kemuka maklumat tidak tepat - MOF
Peningkatan peruntukan BAP bukti Kerajaan MADANI perkasa pendidikan negara - Wong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Desas-desus jadi MB Perak karut - ADUN Sungai Manik

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/08/2019
13:10 MYT
Desas-desus jadi MB Perak karut - ADUN Sungai Manik
Kata Zainol, beliau sendiri tidak pernah bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar. - Gambar fail
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin menyifatkan desas desus kononnya beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baharu, sebagai karut.
Menurutnya, beliau bersyukur dengan apa yang ada sekarang.
“Pada saya, apa yang ada hari ini, saya rasa cukup lah, saya boleh bantu beri perkhidmatan, beri kerjasama dengan kerajaan yang ada,” katanya kepada media di sini hari ini.
Beliau mengulas desas-desus yang masih bertiup kononnya akan dilantik menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau yang juga Penasihat Khas kepada Menteri Besar berkata, beliau sudah lama tidak mendengar isu berkenaan, di mana kali terakhir beliau mendengarnya ialah beberapa bulan lalu.
“Saya dengar beberapa bulan yang sudah, lepas tu saya tak mengikuti perkembangan,” ujarnya.
Menurutnya, seperti biasa, walaupun pelbagai spekulasi dan khabar angin mengenainya, ia tidak menjejaskan tumpuan perkhidmatannya.
Tambahan pula, kata Zainol, beliau sendiri tidak pernah bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar.
“Secara peribadi, saya tak ada cita-cita pun untuk menjadi Menteri Besar,” katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN Sungai Manik
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#Ahmad Faizal Azumu
#karut
#MB Perak
#Menteri Besar Perak
#Zainol Fadzi Paharudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan