awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia miliki asas kukuh, berdaya saing sebagai hab MRO perkapalan utama ASEAN - MITI
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 48 orang
Indonesia perketat saringan kesihatan di pintu masuk susulan risiko virus Nipah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat kecoh gara-gara p*****k

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
06/08/2018
06:52 MYT
Dewan Rakyat kecoh gara-gara p*****k
Kekecohan berlaku di Dewan Rakyat pagi tadi. - Gambar fail
Situasi dalam Dewan Rakyat kecoh sebentar selepas salah seorang ahli Parlimen Barisan Nasional telah mengeluarkan kata kesat akibat kecewa dengan sikap seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan.
Perkara ini berlaku selepas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ong Kian Ming menjawab soalan dari Datuk Seri Hamzah Zainudin (BN - Larut) yang bertanyakan tentang aliran keluar masuk pelaburan dan dana melibatkan Malaysia.
Ketika diberi peluang untuk bertanyakan soalan tambahan, RSN Rayer (PH - Jelutong) bangun untuk bertanyakan tentang impak 1Malaysia Development Berhad terhadap pelaburan dalam negara.
Apabila ditegur Hamzah, Rayer didakwa mengancam untuk mengunakan perkataan 'kepala bapak'.
Hamzah kemudian merujuk kepada Peraturan Dewan Rakyat dan meminta Rayer untuk segera menarik balik pengunaan perkataan itu.
Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bersetuju dengan Hamzah dan mengarahkan Rayer untuk berbuat demikian.
Ketika kekecohan sebentar di mana beberapa Ahli Parlimen bercakap pada masa yang sama, Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN - Lipis) didengari menggunakan perkataan kesat (p******).
Mohamad Ariff kemudian bertindak tegas dengan mengarahkan Abdul Rahman untuk menarik balik penggunaan perkataan tersebut.
"Perkataan itu saya dengar. Itu perkataan yang paling tidak sopan. Tarik balik.
"Jika tidak, saya akan suruh keluar," kata Mohamad Ariff dengan nada tegas.
Tambah beliau, perkataan kesat sebegitu tidak patut digunakan Ahli Parlimen ketika berada di Dewan Rakyat.
"Ini lebih dahsyat daripada kepala bapak.
"Ia tidak beri apa-apa faedah kepada Dewan yang mulia. Sila tarik balik," kata Ariff sekali lagi.
Abdul Rahman kemudian berdiri untuk menarik balik penggunaan kata tersebut.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Abdul Rahman Mohamad
#Dewan Rakyat
#Hamzah Zainuddin
#Mohamad Ariff Md Yusof
#Ong Kian Ming
#Pakatan Harapan
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan