Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bertanding dan menang dalam pilihan raya umum terlebih dahulu bagi membolehkannya terus bergiat aktif dalam dunia politik.
Demikian reaksi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata Dr Mahathir perlu berbuat demikian bagi membuktikan dirinya layak untuk menerajui pakatan pembangkang.
Wan Azizah berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang mencabar veteran politik (Dr Mahathir) itu untuk menjadi ketua pembangkang sekiranya ingin menentang Barisan Nasional.”
“Tun Mahathir kena menang pilihanraya dululah. Saya menang pilihan raya, saya ketua pembangkang. Insyallah, so maknanya beliau kena bertandinglah, buat spekulasi, puasa-puasa tak payah komen,” kata Wan Azizah.
Wan Azizah berkata demikian selepas menziarahi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Hospital Pulau Pinang, pada Rabu.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Hasnon dan Timbalan Angkatan Muda Keadilan PKR, Dr Afif Bahardin.
Salleh dalam catatan blognya, sskeruak.blogspot.my telah mencabar Dr Mahathir untuk menentang BN secara terbuka sebagai ahli politik pembangkang dan bukannya berselindung di sebalik gerakan bukan politik atau bukan kepartian.
Katanya, kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaharu di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas menunjukkan pihak pembangkang tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya lagi, berdasarkan kesukaran yang dihadapi pembangkang, Dr Mahathir sepatutnya mengepalai pembangkang dalam pilihanraya akan datang.
Astro Awani
Wed Jun 22 2016
WAN AZIZAH: Tun Mahathir kena menang pilihanraya dululah. - Gambar Astro AWANI
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong usaha Palestin menjadi anggota penuh
Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh UNGA baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB.
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M
Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun M sambut ulang tahun ke-98
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.
'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.
Rasuah punca kos sara hidup meningkat - Tun Mahathir
Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 7 Feb 2023
Prosiding pendengaran itu akan berlangsung secara fizikal pada 9 pagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.
Saman Najib 'adalah serangan kolateral' terhadap kes berkaitan 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa saman Najib terhadap Tommy Thomas atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam empat kes beliau membabitkan 1MDB adalah satu 'serangan kolateral.'
Pecah amanah, salah guna kuasa, Najib bekas PM pertama ke penjara
Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Tiada tindakan kenyataan 'Zamani Ibrahim' di Facebook pada 2018 - Polis
Semakan mendapati kenyataan itu telah dimuat naik pada 11 Mei 2018 dan merupakan kenyataan persendirian pemilik akaun tersebut.
Kes SRC: Keputusan ini bukti rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim
Kata Anwar, ini membuktikan rakyat berkuasa dan telah membuat keputusan pada 2018 bagi memastikan negara bersih daripada rasuah.